dah tengah tahun, baru nak merasa Planner by Paperdorable nih. memang adorable sangat sama macam nama dia. high quality dah tentu. yang penting, aku dapat harga murah.
harga sebenar planner ni, RM189. sekarang paperdorable buat promosi, hanya RM100. lama jugak ushar website dan IG paperdorable nih. memang berkenan sesangat.
nak beli lagi planner? aku sendiri dah ada 3 buah planner yang aku beli masa awal tahun 2017 hari tu. hihihihi
camna pula boleh terbeli Planner Paperdorable nih?
tu lah orang kata kan, kalau dah aim hari-hari, bagun pagi, tidur malam, asyik tilik website dan IG paperdorable, akhirnya terbeli jugak.
tapi aku beli prelove jer. kebetulan pulak ada sorang adik ni nak jual kat grup facebook Planner Addict Malaysia Marketplace. dia jual RM65 sahaja termasuk postage.
terus aku PM adik tu dan deal. Alhamdulillah, masih available.
hari ni, planner tu dah jadi hak milik aku. "happy sangatt hokey"
kalau dah rezeki kita, InshaAllah akan jadi hak kita. lambat atau cepat, Allah jer yang tahu.
kalau tak dapat tu, redha jer lah sebab yang beri kita rezeki adalah Allah swt. Bukan manusia.
Planner nih sesuai as personal planner. kalau korang nak guna untuk bisnes, korang beli yang saiz lebih besar.
aku ada 2 planner lah sekarang nih, untuk personal planning dan untuk bisnes Shaklee aku.
planner biru untuk bisnes Shaklee
planner lilac tu, untuk personal
Antara info penting yang aku masukkan;
- target jualan bulanan/tahunan
- target rank
- target bonus month by month
- amalan rohani tracker
- password tracker - password email, facebook, instagram, blog dan lain-lain
- senarai harga produk Shaklee - bila customer tanya, terus boleh refer.
- daily activities
- jadual kelas nutrisi by Shaklee
- tarikh penting berkenaan event atau program Shaklee
- maklumat penting pasal downlines, appointment dengan downlines.
- jadual kelas dengan downlines
- jadual coaching online/offline untuk donwline
- bila aku nak kene buat FB live, contest, giveaway dan macam-macam lagi.
InshaAllah, aktiviti kita pun lebih tersusun. yang penting, kene disiplin lah dengan apa yang kita dah rancang. buat sehabis baik. selebihnya, biar Allah yang tentukan.
kita manusia nih, merancang jer. Allah yang tentukan. Betul tak?
Apa pon, aku happy sangat sebab dah dapat planner idaman. hihihihi
P/S ; nak cuba DIY Fabric Planner pulak lepas ni. harap-harap menjadi. hahahahah
adios.
Tak tahu lah penyakit apa yang melanda aku sekarang ni.
Tetiba datang giler washitape dan giler kan segala aksesori planner.
Mulanya kisah aku berjinak dengan planner ni dah lama. Cumanya tak tahu pulak planner ni orang design dan deco dia jadi cantik dan kiut.
Bila aku belek instagram dengan hashtag #planneraddict, #plannermalaysia #plannerlove dan serbamaneko hashtag....
Mata aku dah terbuntang.
Ya Allah, cantiknya aksesori planner dan cantik sangat dorang ni yang planner addict deco dorang punya planner.
Aku punya planner memang buruk naw la kan. Hahahahaha.
Nak snap gambar share ngan korang pun malu tak tau nak habaq la.
Tapi untuk 2018, aku dah aim nak beli planner daripada Paperdorable .
Cantikkkk.
Tapi tak tahu lah kot nanti aku berkenan planner lain pulak kan. Hihihihi
Ada tak rakan blogger aku ni yang jual planner?
Handmade planner ke?
Boleh la tinggalkan jejak blog korang kat komen entry ni.
Nanti aku singgah blog korang.
Terima kasih daun keladi.
Laksa Penang style Mek Kelate
Selalu makan nasi waktu berbuka, kadang-kadang boring jugak kan.
Sesekali pekena laksa penang, terangkatttt sampai ke bulan.
Menu pengikat kasih sayang suami isteri. Auuuwww
Sambil-sambil taip status ni pun, meleleh ayaq liuq. Duk terasa lagi kuah laksa yang pekat likat, masam sesedap rasa tu lalu kat tekak nih.
Kalau korang takdak idea lagi nak masak untuk berbuka puasa hari ni, boleh lah try buat laksa penang simple nih versi mek Kelate. Hehehe.
Sambil-sambil taip status ni pun, meleleh ayaq liuq. Duk terasa lagi kuah laksa yang pekat likat, masam sesedap rasa tu lalu kat tekak nih.
Kalau korang takdak idea lagi nak masak untuk berbuka puasa hari ni, boleh lah try buat laksa penang simple nih versi mek Kelate. Hehehe.
RESIPI LAKSA PENANG style MEK KELATE
- 4 kuntum bunga kantan (belah 2)
- 1 ikat daun kesum
- 2 batang serai (belah 2)
- lengkuas
- 10 keping asam keping (asam gelugur)
- 2 inci belacan (dikisar)
- 2 ulas bawang merah besar/8 ulas bawang merah kecik (dikisar)
- 3 sudu lada kisar/cili boh (tak ada dalam gambar)
- nenas separuh masak/masak (dipotong kecik)
- bawang merah besar (hiris nipis)
- limau kasturi
- timun (dipotong halus)
- telur rebus
- bunga kantan (dihiris halus)
- lada besar (dihiris), boleh jugak ganti dengan cili padi
![]() |
| bahan-bahan untuk kuah laksa |
![]() |
| bahan-bahan sebagai haisa dan penambah perisa kehidupan |
Cara-cara masak laksa penang;
Kisar bawang merah besar + belacan + lada kering (atau boleh guna cili boh). Ciktah guna cili kering yang memang dah ready sokmo dalam peti ais.
Lepas tu, masukkan bahan kisar tadi dalam periuk yang berisi air lebih kurang 1.5 - 2 liter. Panaskan atas dapur nah.
Ciktah guna laksa kering segera jer. Cepat siap. Cepat boleh makan. Hahaha.
Agak agak kuah laksa dah nak siap masak tu, boleh letak laksa atas dapur dan celur sampai lembut ya. Jangan celur lama lama sangat. Lembik, tak sedap pulak nak makan.

Rebus 10 ekor ikan selayang yang flawless macam ratu Vitamin C Shaklee nih dengan asam keping, garam dan sedikit air.
Ikan selayang yang dah siap rebus, angkat dan toskan sampai sejuk. Kemudian, asingkan isi dengan tulang dan blend bersama air rebusan ikan tadi. Boleh tambah air semasa masa blend.
masukkan bunga kantan
masukkan lengkuas
masukkan serai
masukkan daun kesom
masukkan asam keping
Dah masukkan semua, kacau dan biarkan sekejap sampai menggelegak.
Jangan lupa campakkan garam dan gula secukup rasa untuk tambahkan perisa masam masin manis kehidupan.
Ciktah tak buh tok aji. Tak berapa suka. Cukup cukuplah makan kat kedai dah berkilo tok aji kita makan. So kat rumah, cuba elakkan. hihihih
Kalau korang rajin, korang blend pulak tulang temulang tadi sampai hancur, then tapis masuk periuk.
Hampas tulang tu boleh buang jauh jauh atau wat baja. Kikiki.
Warna dia terlebih oren sebab lampu kat dapur Ciktah lampu oren.
Romantik tak? Hahahah.
bahan-bahan hiasan tadi, campak campak tabur tabur je, dah siap.
nak lagi sedap, letak kicap manis. Ni cara orang utagha makan.
Bila dah kawen ngan orang utagha, baru tau sedap rupanya makan laksa dengan kicap manis. hihihihi
Cubalah buat tau. Kalau menjadi, dan sodaaappp, mai la share feedback kat sini. Kalau sudi, kirim kat Ciktah sama nah.. hahahahha.
Sharing is
.
.
Ikhlass dari hati sanubari yang paling dalam untuk korang yang disayangi sokmo. Hihi.
Selamat berbuka puasa korang.
Salam sayang cinta bergetar
Selamat berbuka puasa korang.
Salam sayang cinta bergetar

Mashitah Mamat
#Ciktah
Total Pageviews
ABOUT ME

Cafe Latte.Planner.Travel
Be yourself. People don't have to like you, and you don't have to care.
Followers
POPULAR POSTS
Featured Post

















