Premier King Room
tak sabar nak cerita pasal Rosa Malacca ni...
sedikit review daripada saya yang berpeluang stay 1 malam kat Rosa Malacca ni tempoh hari...
penginapan saya di sini hadiah dan sponsored by cucu Shaklee saya, Pn Sapinah Muhammad, yang juga owner DAS ABDUL GLOBAL, pembekal bantal hotel DAG di Malaysia.
DAY 1 @ROSA MALACCA
Alhamdulillah, rezeki orang nak bagi, satu kapal cruise kita tadah...hihihi
Oleh sebab 25-26 Februari 2017 je saya free, so terus pergi je la...minggu ni dah tak boleh sebab ada kelas dengan Cikgu June Mohd Som di Bangi Gateway. Dua minggu lepas lagi dah block date 4 Mac 2017 untuk join kelas nih...
#semangat berkobar-kobar nak attend kelas Cikgu June#
sebelum terjah ke Rosa Malacca hotel ni, saya dah dapat sedikit gambaran daripada internet dan juga kawan yang pernah pergi ke sini.
Macam best...
Bila sampai, ternyata memang best dan saya sangat suka dengan dekorasi hotel ni.
Tengok lah bilik yang saya dan keluarga menginap. Best sangat-sangat!
setibanya saya kat sana, tengah cari parking tu, bell boy dah standby untuk sambut guest yang datang dan bawa kami ke tingkat 1 untuk terus ke kaunter reception.
ini ruang depan, tapi bukan kaunter reception
saat kakiku melangkah ke ruang lobi hotel,
one word yang keluar ~ AMAZING !
kemudian bell boy yang peramah dan mesra alam itu terus bawa kami ke tingkat 1 untuk check in.
wall depan lif dah ada tanda arah
Floor 7 sepatutnya ruangan gym, tapi sayang seribu kali sayang
~ belum dibuka daaa..~
ingatkan boleh la build muscle sikit..hihihi
saat kakiku melangkah ke ruang lobi hotel,
one word yang keluar ~ AMAZING !
kemudian bell boy yang peramah dan mesra alam itu terus bawa kami ke tingkat 1 untuk check in.
wall depan lif dah ada tanda arah
Floor 7 sepatutnya ruangan gym, tapi sayang seribu kali sayang
~ belum dibuka daaa..~
ingatkan boleh la build muscle sikit..hihihi
reception counter...
cantik kan..
souvenier dari Rosa Malacca
daripada info yang saya dapat dari staff di situ, hotel ni baru je buka pada Tahun baru Cina tempoh hari, iatu akhir bulan Januari 2017..
patut lah hotel nya sangat bersih..best kan dapat datang hotel baru, semua pon masih baru...
yang penting, toilet dan bilik air nya baru dan bersih... hihihi
setel check in, dah dapat kunci bilik, tak tunggu lama, terus naik ke tingkat 2.
bilik saya dan family - 201
betul2 depan pintu keluar ke lif..senang crita, depan lif lahh... muahahaha
jom masuk bilik
wowwww!!
baru sampai
wefie dulu
cakap ngan husband, rumah kita nanti kita deco konsep camni nak?
hahahaha, 10 hotel ko masuk, 10 kali ubah tema...
pitamsss
bantal hotel yang selesa..letak2 kepala, tenggelam teruss.. hahaha
ni depan katil, standard la kan mana-mana hotel mesti letak tv depan2 katil..hihi
berkonsepkan open wardrobe
nice gitew !
complete iron dan iron board sekali,....korang dah tak perlu bawak iron sendiri atau call reception semata-mata nak mintak pinjam iron....
korang ada bawak seketol emas, boleh simpan dalam peti besi ni...hahaha
toilet time !!
yeahhh suka..sebab BERSIH.
pensil dan kertas dia hadap dulu,
purak2 tulis ABC..hahahah
bila mak2 selfie... hahaha
jom keluar dinner, masing-masing dah lapar
sempat breakfast jer tadi..
oleh sebab tak dapat-dapat lagi asam pedas melaka yang sedap tempoh hari masa kursus kat CREaTE,
kali ni mesti dapatkan jugak..
cerita pasal kedai asam pedas yang kami terjah ni, cerita kat next entry la ek....
dah selesai makan, terus balik hotel...
depan hotel, parking area
keaadaan Rosa Malacca waktu malam...meriah dengan siraman lampu
pintu masuk hotel waktu malam
cantik kan
saya suka view ni...
1st impression pon dah buat kita excited..
view dari lobi sebelum ke lif
sebelum rest, jom wefie dulu ye anak-anak!!
eyh, Humayraa buat apa tu.pantang betul jumpa peti besi....
haihh ini budak haaa
DAY 2 @ROSA MALACCA
saya snap gambar restoran ni dari reception counter....
amazing !
ni ruang makan kat luar, tapi still dalam building..cuma open air jer...
seronok gak lepak2 sini....
untuk pengetahuan korang, breakfast kat Rosa Malacca ni adalah semi buffet... ada 2 pilihan, local breakfast iaitu nasi lemak atau english style --- macam dalam gambar kat bawah nih...
dan untuk beverage, ada jus buah dan kopi. yang lain, tak pasti pulak apa lagi yang ada sebab saya tak sempat nak explore habis... hihi
dan brekafast ni untuk 2 orang sahaja. kalau nak tambah makanan untuk anak2, kene bayar RM15 untuk kid set, English style.
ni 1st time saya jumpa semi buffet camni kat hotel. kebiasaannya, makan jer apa yang nak kita makan. so, untuk kids, below 3yo tak perlu extra caj dah kan. tapi kat sini, kene lah bayar jika anak nak tambah makanan. yang satu part ni la tak berapa nak syiok sebab makan terhad...hihihi (nafsu naga)...
1 mangkuk dessert - termasuk pakej siap
bersama-sama cicit Shaklee , bergambar kenangan dulu sebelum balik ke sarang masing-masing...
[BUKAN IKLAN]
Sedikit info bilik yang kami menginap. Info ni adalah daripada booking.com. Korang boleh terus ke web booking.com jika nak tahu harga yang lebih tepat. saya tak tahu harga sebenar, sebab orang belanja kan... tapi anggaran dalam RM300- RM380 untuk 2 hari 1 malam.
Premier King Room
Bed: 1 extra-large double bed
Keluasan bilik : 40 m² Flat-screen TV Air Conditioning Soundproofing Private bathroom Free WiFi
• TV • Telephone • Satellite Channels • Flat-screen TV • Safety Deposit Box • Air Conditioning • Iron • Ironing Facilities • Interconnected room(s) available • Soundproofing • Hardwood/Parquet floors • Wardrobe/Closet • Clothes rack • Shower • Free toiletries • Toilet • Bathroom • Slippers • Bidet • Toilet paper • Wake-up service • Towels • Linen • Garden / City view
Source : www.booking.com
ROSA MALACCA
Address: 212, Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia
Phone: +60 6-281 9888
2 Comments
wow! macam tak percaya pulak ada tempat macam ni dekat melaka. yang sebenarnya dah lama tak ikut jalan ni. sebab tu tak perasan ada tempat cantik macam ni. lepas ni nak cuba menginap dekat sini la. hehehe. terima kasih ya review..
ReplyDeletehttp://www.ceritaejoy.com/
cantik hotel ni...baru buka...tu tak eprasan agaknya,.,.. hihi
Deletesama2.. (^__^)
Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa