Tak tahu lah penyakit apa yang melanda aku sekarang ni.
Tetiba datang giler washitape dan giler kan segala aksesori planner.
Mulanya kisah aku berjinak dengan planner ni dah lama. Cumanya tak tahu pulak planner ni orang design dan deco dia jadi cantik dan kiut.
Bila aku belek instagram dengan hashtag #planneraddict, #plannermalaysia #plannerlove dan serbamaneko hashtag....
Mata aku dah terbuntang.
Ya Allah, cantiknya aksesori planner dan cantik sangat dorang ni yang planner addict deco dorang punya planner.
Aku punya planner memang buruk naw la kan. Hahahahaha.
Nak snap gambar share ngan korang pun malu tak tau nak habaq la.
Tapi untuk 2018, aku dah aim nak beli planner daripada Paperdorable .
Cantikkkk.
Tapi tak tahu lah kot nanti aku berkenan planner lain pulak kan. Hihihihi
Ada tak rakan blogger aku ni yang jual planner?
Handmade planner ke?
Boleh la tinggalkan jejak blog korang kat komen entry ni.
Nanti aku singgah blog korang.
Terima kasih daun keladi.
0 Comments
Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa