Prelove Paperdorable Planner 2017


dah tengah tahun, baru nak merasa Planner by Paperdorable nih. memang adorable sangat sama macam nama dia. high quality dah tentu. yang penting, aku dapat harga murah.


harga sebenar planner ni, RM189. sekarang paperdorable buat promosi, hanya RM100. lama jugak ushar website dan IG paperdorable nih. memang berkenan sesangat.

nak beli lagi planner? aku sendiri dah ada 3 buah planner yang aku beli masa awal tahun 2017 hari tu. hihihihi

camna pula boleh terbeli Planner Paperdorable nih?

tu lah orang kata kan, kalau dah aim hari-hari, bagun pagi, tidur malam, asyik tilik website dan IG paperdorable, akhirnya terbeli jugak.

tapi aku beli prelove jer. kebetulan pulak ada sorang adik ni nak jual kat grup facebook Planner Addict Malaysia Marketplace. dia jual RM65 sahaja termasuk postage.

terus aku PM adik tu dan deal. Alhamdulillah, masih available.

hari ni, planner tu dah jadi hak milik aku. "happy sangatt hokey"

kalau dah rezeki kita, InshaAllah akan jadi hak kita. lambat atau cepat, Allah jer yang tahu.
kalau tak dapat tu, redha jer lah sebab yang beri kita rezeki adalah Allah swt. Bukan manusia.

Planner nih sesuai as personal planner. kalau korang nak guna untuk bisnes, korang beli yang saiz lebih besar.

aku ada 2 planner lah sekarang nih, untuk personal planning dan untuk bisnes Shaklee aku.

planner biru untuk bisnes Shaklee
planner lilac tu, untuk personal

Planner bisnes Shaklee aku nih, aku masukkan semua maklumat penting pasal bisnes. Planing untuk tahun 2017, 2018 dan 2019. Aku siap-siap dah buat walaupun belum secara menyeluruh. Apa-apa yang terlintas kat fikiran aku pada bila-bila masa, aku akan terus note dalam planner nih.

Antara info penting yang aku masukkan;

  • target jualan bulanan/tahunan
  • target rank
  • target bonus month by month
  • amalan rohani tracker
  • password tracker - password email, facebook, instagram, blog dan lain-lain
  • senarai harga produk Shaklee - bila customer tanya, terus boleh refer. 
  • daily activities 
  • jadual kelas nutrisi by Shaklee
  • tarikh penting berkenaan event atau program Shaklee 
  • maklumat penting pasal downlines, appointment dengan downlines. 
  • jadual kelas dengan downlines
  • jadual coaching online/offline untuk donwline
  • bila aku nak kene buat FB live, contest, giveaway dan macam-macam lagi. 
#akan update dari semasa ke semasa. almaklumlah, nubis kubis lagi dalam dunia #PlannerAddict hahaha.

InshaAllah, aktiviti kita pun lebih tersusun. yang penting, kene disiplin lah dengan apa yang kita dah rancang. buat sehabis baik. selebihnya, biar Allah yang tentukan.

kita manusia nih, merancang jer. Allah yang tentukan. Betul tak?

Apa pon, aku happy sangat sebab dah dapat planner idaman. hihihihi

P/S ; nak cuba DIY Fabric Planner pulak lepas ni. harap-harap menjadi. hahahahah

adios.

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa