Majlis Kesyukuran Yaya & Fitri - Majlis Sebelah Keluarga Aku

My Lovely Family

TAHNIAH Yaya & Fitri. Selamat Pengantin Baru. Semoga hubungan suami isteri yang terjalin sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah swt.

Alhamdulillah, 1 September 2019 bersamaan 1 Muharram 1441H, adik aku selamat diijabkabulkan bersama pasangan pilihan keluarga. Haaa, ingat zaman sekarang tak ada dah ker family yang jadi matchmaker. 

Akad nikah di Masjid Felda Chiku 5.

Aku sebagai kakak sulung, happy sesangat bila kesemua adik aku dah selamat berumahtangga dan berbahagia dengan pasangan masing-masing. Apatah lagi mak dan ayah aku. Selesai sudah tanggungjawab dorang. Tapi tinggal lagi sorang si kecik si bongsu yang sekolah Form 1. Lambat lagi tu. 

Majlis kesyukuran Yaya & Fitri ni serba ringkas. Yang penting, buat yang wajib. Jemput jiran-jiran dan saudara mara terdekat je. Itu pun ada saudara mara yang tak dapat datang. 
Maafkan aku ye wahai kawan-kawan dan sahabat sahabat yang mana aku tak jemput tu. Bukan taknak jemput, tapi majlis ini buat simple dan ringkas untuk kaum keluarga terdekat sahaja. "Meme tok ngele pung". Hihihi.

Doakan adik aku Yaya & adik ipar baru aku Fitri sentiasa berbahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri ya. Alang-alang doakan dorang tu, doakan untuk aku sekali tau.

Akad nikah buat di Masjid Felda Chiku 5 pada hari yang sama dengan kenduri. Kira sekali jalan. Lepas Zuhur, majlis resepsi. Sambut keluarga belah lelaki. 

Sambut pengantin lelaki



Pelamin simple je. kecik dan comel kat tetengah rumah

5 beradik perempuan. 

Bila majlis kahwin di Kelantan ni, paling aku suka tang menu tu. Kebanyakannya kat kampung ni masak sendiri. Untuk kenduri adik aku ni, tok saudara aku yang masakkan. Tok saudara aku ni memang tukang masak dan dia ada kedai makan. Lauk-lauk yang dia masak memang marvellous wei. Menjilat siku.

Antara menu yang disediakan;

  • Gulai kawah - daging lembu
  • Ayam masak merah
  • Acar masak Kelantan
  • Ikan masin
  • Sambal belacan
  • Dessert - bubur kacang hijau
  • Air sirap kenduri yang confirm tak sama rasa air sirap kat kedai dan rumah kita


Gulai Kawah Daging Lembu

Ayam MasaK Merah

Acar Masak Kelantan

Untuk sesi makan beradap, disediakan oleh adik ipar aku yang memang teror uruskan wedding orang sebab kakak dia wedding planner kat Cheras, KL dan tak lupa juga kerjasama jiran-jiran. Hasil mantop beb. Terima kasih jiran-jiran yang baik hati.






Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, Cuaca pun elok. Biasanya hujan, tapi hari tu cuaca cerah elok. Panas cengn ceng. Banyak kali duk ulang minum air sirap kenduri. Hahahaha.

Esoknya majlis di rumah sebelah keluarga lelaki pulak. 

Post a Comment

0 Comments