Sambal Hijau Ikan Bilis Petai

August 03, 2019

Resipi sambal hijau ikan bilis petai

Petai antara ulam-ulaman yang harganya agak mahal terutama di kawasan bandar khususnya Putrajaya.

Bila tiba musim petai, harga sedikit murah. Banyak jual di pasar malam dan jugak pasar tani di pejabat pejabat kerajaan.

Kalau teringin sangat nak makan sambal ikan bilis petai, beli je. Lauk camni lah punca stok beras kat rumah cepat habis. Hahahah!

Last week mak aku kirim 100 keping petai dari kampung. Kongsi dengan adik aku yang tinggal di Selayang. Rezeki kitorang.

Dapatlah makan petai murah sebab mak aku pun ambik dengan adik aku yang tinggal di Kuala Krai, Kelantan. Rumah dia betul-betul ke dalam kampung sana. Banyak la pokok petai. Bila tiba musim, adik dan adik ipar aku akan jual ke pemborong. Ramai yang datang beli. Petai cantik, mata besar pun rezeki. Alhamdulillah.

Stok petai ni pulak, mak aku kirim ke adik ipar aku yang sorang lagi tu. Singgah dulu di Selayang. Lepas tu baru lah sampai ke Putrajaya. Jauh perjalanan petai tu sampai dah layu. Ingatnya nak berbagi dengan jiran, tapi macam segan pulak nak bagi sebab petai dah layu sangat. Makan sendiri boleh lah.

Mak aku bagi tips supaya petai tahan lama. Kopek siap siap dan simpan dalam freezer. Tahan berbulan-bulan. Pack kecik-kecik dalam plastik. Ikut sukatan sekali masak. Senang.

Semalam dah masak sambal ikan bilis petai warna merah. Ni lah menu yang aku selalu masak. Tapi hari ni nak buat cara lain pulak. Teringat menu sambal ikan bilis petai hijau yang pernah aku beli siap. Sedap sangat. So aku nak try buat lah.

So ni lah resipi aku tadi. Aku kongsi untuk korang yang baru baru nak belajor masak. Aku ni masak apa yang aku suka makan je. Tak ada passion ke arah memasak pun. Sekadar nak kenyangkan perut sendiri, boleh la. Yang dah teror masak tu, jangan kecam tau. Hahahaha

Moh kita cuba resipi ni. InsyaAllah bertambah-tambah nasi dalam pinggan.

Bahan-bahan;
- Petai (ikut suka nak banyak mana)
- Ikan bilis (buang tulang dan bersihkan elok elok)
- 10 biji cili hijau
- 5 ulas bawang merah (aku suka bawang banyak)
- 3 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang besar (hiris)
- asam keping/asam jawa
- garam
- gula
- serbuk perasa (aku guna jenama Hilal. Produk bumiputera dari Penang)

Cara masak;
1. Blend ikan bilis + bawang merah + bawang putih + cili hijau (jangan blend hancur sangat, tak sedap. Bagi dia kasar sikit)
2. Tumis bahan kisar dan biarkan sampai masak. Agak-agak ikan bilis dah masak tu, masukkan garam, gula, bahan perasa. Asam keping/asam jawa pun masukkan sekali. Hihihi.
3. Masukkan hirisan bawang besar.
4. Lepas tu terus masukkan petai dan biarkan sampai masak.

Haaa gitu je laa cara aku masak tadi. Sonang yo. Campak campak, siap!
Ada juga yang letak tempoyak jugak. Phewww sedap sedap.


Makan dengan nasi panas-panas. Satu periuk nasi boleh licin tau. Nikmat dunia. Terima kasih Allah sebab bagi kami makanan sesedap ni.

Macam ni lah hidup orang kampung. Selamanya orang kampung. Perut kampung. Hahaha.

You Might Also Like

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa