Memories Are Special Moments That Tell Our Story
  • Home
  • About Me
    • Empunya Blog
    • Disclaimer
    • Contact Me
  • Family
  • Travelog
    • Malaysia
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Istanbul
    • Umrah
  • Lifestyle
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Blogging Tips
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Review
    • Hotel
      • Melaka
      • Sabah
      • Selangor
      • Penang
      • Selangor
    • Food
    • Health & Beauty
  • Shop
    • BlogForever Living
    • Shop
    • Shopee

Rajin dah datang. Selepas beberapa bulan senyap sunyi blog ni. Aku sibuk sikit dengan bisnes Shaklee dan hidup terkejut terkujat secara tiba-tiba seluruh rakyat Malaysia kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara virus pandemik Covid19.

Apa pun, hidup mesti diteruskan. Dan sambutan ulangtahun kelahiran Muhamad Hafidh, aku dan Ady plan buat simple seperti kebiasaan dan kali ni, mestilah sambut kat rumah je. Dilarang keluar rumah bersantai-santai lagi-lagi nak celebrate birthday bagai.

Aku tempah kek dengan kawan facebook CekOdah yang diperkenalkan oleh kawan aku jugak. Alhamdulillah rezeki sebab dia tinggal berdekatan dengan rumah aku dan senang la nak pick up kek tu kat rumah dia.

Aku tempah kek ni pun last minute dah. Sebelum tu pernah tanya bakers lain, tapi kebanyakanya luar Putrajaya. Paham-paham lah time PKP, tidak dibenarkan keluar dan masuk Putrajaya.

Selain kek, aku order Pizza Hut Delivery je. Aku tak sempat nak masak apa-apa sebab hari tu aku kena kerja. So, oder yang mana cepat dan senang je la.

 Lepas habis kerja, singgah ke McDonald presint 2 sebab situ je dekat dengan office. So, ada 2 menu tambahan iaitu Pizza Hut & McDonald. Yang penting, ada kek. barulah birthday namanya.














Alhamdulillah. Syukur atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan untuk aku. Apa lagi yang aku nak. Segalanya Allah dah bagi. Terima kasih Ya Allah.

Untuk Muhamad Hafidh, mama dan abah doakan Hafidh membesar sebagai seorang lelaki yang beriman dan bertanggungjawab. InshAllah mama dan abah akan berikan ilmu dan pendidikan yang terbaik untuk Hafidh dan Kakak Auni, Kakak Humayraa.

Kesayangan mama dan abah!




Sekarang aku rajin masak kat rumah. Sejak jarak rumah dan pejabat cuma beberapa ketul batu je. Kalau dulu KL - Putrajaya pi mai pi mai, sampai rumah, kerja nak tidur awal je. Nak makan pun dah malas. Dalam otak cuma pikir nak bangun awal pagi esok, bersiap siaga nak masuk pejabat pulak yang nun jauh di KL.

Banyak kali dah buat menu ni. Musim demam ayam goreng kunyit. Menu simple, tapi sedap. Menambah-nambah makan nasi. Pekena pulak dengan sambal belacan.

Entry ni aku nak share resipi ayam goreng kunyit style aku. Ehh, style suami aku. Resipi dari dia. Hahaha. Kalau resipi azali lahiriah aku, cuma serbuk kunyi dan garam. Kahhh!

Yang pasti menu ni melepasi piawai tekak aku. Sebab apa tau, sesetengah kedai yang jual nasi ayam goreng kunyit ni, ayam dia tu tak berapa kena dengan selera aku. Kalau ada yang sedap tu, ya ampunn memang sedap yakmat. Ada tu, biasher biasher je.

Ok, meh aku share resipi resipi suami aku.

Bahan-bahan;

1. Ayam (potong kecik-kecik)
2. Sayur-sayuran yang korang suka. Aku suka letak kacang panjang, lobak, brokoli dan kubis bunga. Tapi kali ni, aku cuma letak kacang panjang dan lobak.
3. Bawang besar kuning (dihiris)
4. Serbuk kunyit
5. Serbuk cili
6. Garam

Cara masak.

1. Gaulkan ayam yang dah dipotong tu dengan campuran serbuk kunyit, serbuk cili dan garam halus.
2. Perap sekejap. Sambil tu, boleh potong sayur dan bawang besar.
3. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
4. Apa lagi tunggu, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Goreng sampai warna keemasan. Cewwwahh. Dah macam iklan. Hahahha.
5. Agak-agak ayam dah nak masak sikit, masukkan hirisan bawang besar dan sayur-sayuran yang dah dipotong tadi secukupnya. Goreng sekejap, kemudian angkat.
Aku suka kalau sayur-sayuran tu goreng lama sikit sampai sedikit layu dan garing. Hihihi.
6. Jangan lupa toskan minyak dulu.
7. Dah siapppp! Simple kan?
8. Jom makan. Sambal belacan jangan lupa. Ohh, kicap pun jangan lupa. Penambah selera kuasa dua. Hahaha



Ladies Nite PUSPANITA KDN 2019 | Majlis makan malam PUSPANITA KDN ni pada 7 November 2019 yang lepas di IOI Palm Garden Resort, Putrajaya. 

Kisah ni belum basi kan? Hahaha.
Malam ni baru dapat nak berstory mory kat blog ni. Macam sibuk benor je kan life aku. Padahal penyakit M tu yang menebal naww naww.


Macam Hari Kelurga KDN 2019 , majlis makan malam PUSPANITA KDN ni pun pertama kali aku join. Entah apa yang merasuk hotak aku untuk join sama pun tak tahu lah. Aku cukup payah nak join event anjuran jabatan ni. Excited lebih, lagi-lagi bila ajak my colleague untuk join sama, dorang pun setuju. Berlima lah aku and the gang. Itu pun nyaris 2 orang tak dapat seat. Full house wei!

Tapi kalau dah rezeki tu Allah nak kasi, memang dapat. Maka ber hora horey lah kitorang bila semua dapat seat join Ladies Nite PUSPANITA KDN 2019.




Malam tu kami dihiburkan dengan penyanyi dari semua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Sedap suara deme wei.

Ada seorang artis jemputan, lelaki. Katanya salah seorang peserta program nyanyian reality TV, Big Stage. Sorry, aku tak kenal. Hahaha.

Yang aku tahu peserta Big Stage, si juara dia, Sarah Suhairi. Aku suka budak pompuan ni sebab suara dia gemersik weh. Merdu je. Sedap la kiranya menerjah ke telinga aku nih.





Sambil-sambil tengok persembahan nyanyian, sambil makan. Ini lah antara menu dinner kitorang. Sedap sangat tau. Haih lapar pulak perut aku tetengah malam ni tengok gambar ni. Hihihi.

Bila perut dah kenyang, dah dapat hadiah lucky draw, maka dah sampai waktu nak balik. Sempat la posing gaya retis dulu di sebalik pintu dewan. Jadi lah, dari tak ada langsung.

Maka, korang layankan aje la gambar berlagak retis aku and the gang ni ya. Kasi chance la kan. sekali sekala.







Bye.
Jumpa lagi Dinner PUSPANITA tahun depan. Mana tahu, rezeki kitorang lagi kan. Hahaha.

3 Nov 2019, Hari Keluarga KDN 2019 | Ini kali pertama aku join Hari Keluarga KDN sejak bertukar dari JKR ke Jabatan Imigresen bulan Ogos 2018. Dari Kementerian Kerja Raya ke Kementerian Dalam Negeri.

Kebiasaannya aku jarang sangatlah nak join aktiviti macam ni. Kali ini teringin nak bawak anak-anak berhibur dan bergumbira sebab ada banyak aktiviti. Lagipun dibuat dalam hall di MAEPS Serdang. Tak ada la ber aktiviti kat tengah panas kan. Hahaha!

Seawal 7.30 pagi kitorang dah sampai kat sana. Dah siap daftar, dah tukar t-shirt kuning sebab aku tercampak ke rumah kuning, aktiviti pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Layan jugak la sebab aku dah lama tak bersenam ni. Hihihi!
















Anak-anak lah yang paling seronok. Semua aktivit yang ada kat sana dorang tapau habis. Mama tengok anak-anak mama happy, mama dah puas hati dah. Alhamdulillah syukur untuk rezeki ni. Terima kasih Allah!
Newer Posts Older Posts Home

Total Pageviews

ABOUT ME

Cafe Latte.Planner.Travel
Be yourself. People don't have to like you, and you don't have to care.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
  • Cara Bayar Bil Melalui maybank2u
  • Shopping di PG Mall Lagi Best, Harga Murah & Banyak Cash Reward
  • Anak Adalah Anugerah, Amanah & Ujian Daripada Allah s.w.t !!
  • Ibu Hamil 5 Bulan Ke Atas, Boleh Balik Kerja Awal 1 Jam
  • Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka Di Keramat, KL
  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • Bayi Berjalan Umur Berapa?
  • Tabung Aidilfitri 2016
  • Celebrate 7th Birthday Humayraa, Hafidh Tumpang Sekaki

Blog Archive

  • ▼  2025 (1)
    • ▼  August (1)
      • Kad Ucapan Shomeyy Angat Daripada Humayraa
  • ►  2023 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2018 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ►  2017 (24)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (5)
  • ►  2016 (31)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (62)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (25)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)

Categories

  • Family 32
  • Planner 2
  • Resipi 7
  • Review 5
  • Travelog 10

Featured Post

Kad Ucapan Shomeyy Angat Daripada Humayraa

MY LOVE



Follow Me On Instagram

  • facebook
  • twitter
  • snapchat
  • instagram

Search This Blog

Like Us

featured Slider

Popular Posts

  • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • Anak Adalah Anugerah, Amanah & Ujian Daripada Allah s.w.t !!
  • Bayi Berjalan Umur Berapa?
  • Tabung Aidilfitri 2016

My Blog List

  • Marshalizadotcom
    Raya Aidilfitri di China: Pengalaman Pertama Beraya di Rantau Orang

Contact Form

Name

Email *

Message *

Trending Articles

  • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
  • Cara Bayar Bil Melalui maybank2u
  • Shopping di PG Mall Lagi Best, Harga Murah & Banyak Cash Reward
  • Anak Adalah Anugerah, Amanah & Ujian Daripada Allah s.w.t !!

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes