Bila Orang Shaklee Pergi Melancong ke US

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semalam ada briefing untuk dorang yang dapat pergi ke US bulan depan. So, ramai la para pengedar Shaklee yang layak berduyun datang ke HQ Shaklee di Empire Subang, termasuk 'mommy' Shaklee saya dari Johor. Dah alang-alang datang KL, ambik peluang ni untuk berbuka puasa bersama-sama.

Saya pergi gak HQ Shaklee, tapi nak beli barang yang dipesan oleh customer jer. Saya tak join trip ke US, tapi saya pilih Umrah. Dan tiket Umrah tu, saya beri kepada ayah saya. Bulan 12 nih, dorang akan pergi umrah pulak. Actually, trip free dari Shaklee tu, boleh pilih, samada nak ke US atau Umrah. Siapa yang dah pernah pergi Umrah sebelum ni, akan pilih ke US pulak.

Memandangkan ayah saya belum pernah jejakkan kaki ke Mekah, saya bagi tiket trip ni pada dia. Memang dari awal tahun lagi, saya berniat nak beri tiket Umrah kepada ayah. Sebab tu, saya usaha bersungguh-sungguh tanpa jemu. Target 2 tiket, tapi lepas 1 tiket je. Apa pun syukur Alhamdulillah, dapat jugak kan. Tahun depan nak ke Italy pulak...jomlah kalau nak join jugak? semua orang layak, tapi ada cara dan syaratnya. (^___^)

Keluarga saya golongan sederhana, tak kaya tak miskin. So, ayah saya memang tak mampu nak pergi umrah sebelum ni, walaupun ayah saya dah berumur 62 tahun. Duit yang dia ada, dia utamakan anak-anak dulu. Terharu kan...itulah pengorbanan seorang ayah. Saya sendiri tak mampu nak sponsor ayah saya sebelum ni. Bila saya start buat biznes Shaklee ni, Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, saya dapat 1 tiket dan bagi ayah saya peluang ke Mekah. Next time, boleh pergi dengan belanja sendiri pulak. InshaAllah... **nangisss..uhuukkk**

Tetiba jeles pulak tengok dorang yang dapat pergi US. Dapat travel bag free lak tu...Dapat lagi duit 400usd Shaklee bagi setiap sorang...ewahhh, mewah korang kan...huwaaarrr, serius jeless sangatt... !!


travel bag sponsor by Shaklee
cute tak travel bag nih....?? cute kan....mahu nya saya tak sawan tengok beg ni...baru tengok bag,lom lagi tengok "kegalakkan" dorang kat US nanti.......nagissss lagi...*jelesss*

Harap-harap, ayah saya gi umrah bulan 12 nih pun dapat beg yang sama...kaler pink ke, kaler hijau ke...boleh pawwww... hahahahah

comeyyy kotttt ..harus pawwww.....hikhikhik

**tahun ni usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan 5 tiket ke Italy pulak. Untuk saya, husband, Onnee, mak dan ayah.. Nadra?? ermm, bawah 4 tahun, tak boleh bawak...(sure mama sedih tinggalkan Nadra kat Malaysia nanti)**


0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa