Azam 2019

Hai semua. Belum terlambat lagi kan nak wish Happy New Year 2019! Bersemangat nampak menyambut tahun baru ek?

Aku pun excited sangat nih. New me. InsyaAllah. Tahun lepas tak ada azam apa pun. Tak boleh nak pikir apa sangat la sebab waktu tu tengah 'pregnant'kan Muhamad Hafidh lebih kurang 5-6 bulan. Simptom pregnancy, malas nak pikir apa-apa. Hahahaha.

Jadi untuk tahun 2019 ni, rasa fresh dan feel more energatic.
Untuk 2019 ni, 7 azam baru yang aku nak capai.

Azam 1. Menjadi Muslim yang lebih baik
- mengaji, tadabur Al-Quran
- solat awal waktu
- hafal surah penting seperti Al-Kahfi  , Al-Mulk . Dah tua tua ni memori nak mengingatkan sesuatu tu slow sikit. Kena baca setiap hari supaya cepat ingat. Hahaha.
sumber gambar : pinterest

Azam 2. Baca 12 buah buku bisnes, kewangan dan pengetahuan am. - 1 buku 1 bulan. Mak mak ni memang lambat nak habiskan baca buku. Lagi-lagi mak yang bekerja Isnin-Jumaat, 8-5. Hahahaha. So dapat baca 1 buku 1 bulan tu dah cukup bagus for mommy like me.
sumber gambar : pinterest
Azam 3. Membantu 10 orang wanita berjaya dalam bisnes Shaklee dengan income bulanan paling minimum RM5000. - perlukan semangat luar biasa untuk bantu wanita wanita di luar sana sebab wanita ni bila dia nak berbiznes atau buat apa sahaja, cabaran dia sangattt besarrrr. Macam-macam dia kene hadap.
Azam 4. Sahut cabaran #NoSugarChallenge- sahut cabaran no sugar challenge. Hidup tanpa gula... boleh ke? Excuse laa...kurangkan je la ek. Muahahaha.
sumber gambar : pinterest
Azam 5. Dapatkan balik berat asal 49kg
- turunkan berat badan. Sekarang 57kg. Nak capai berat dulu-dulu iaitu 49kg. Kali ni dengan cara yang lebih sihat. Bersenam. Kurangkan gula.

Azam 6. Buat detoks Shaklee. 

- nak buat detoks Shaklee dengan set detoks untuk lebih sihat

Azam 7. Tambah booster RAJIN update blog- rajin update blog. Hahaha
Kalau sebelum ni, maybe 1 entry 1 bulan. Selepas ni 1 entry 1 minggu. Ehh ke 1 entry 1 hari. Hahahaha.
sumber gambar : pinterest

Cukuplah 7 azam baru.
Apa pulak azam korang tahun ni?

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa