Sujud syukur. Alhamdulillah!
Wishlist 2019 pertama aku iaitu nak memiliki computer peribadi Dell akhirnya tertunai. 1/6 daripada wishlist tertunai, itu pun aku dah bersyukur sangat. Terima kasih Ya Allah memudahkan jalan untuk aku memiliki desktop menggantikan laptop Dell aku yang dah rosak.
Sebenarnya komputer ini aku beli menggunakan kemudahan pinjaman komputer yang diberikan untuk kakitangan kerajaan. Aku sangat sangat terdesak untuk ada sebuah komputer atau laptop selepas laptop Dell aku yang aku beli tahun 2010 dulu dah rosak. Kos nak repair pun sama harga dengan laptop baru.
Sebab tu aku decide untuk beli desktop berbanding laptop. Lagi memudahkan kerja aku untuk siapkan tempahan blog customer dan juga kerja-kerja sebaga blogger ni kan.
Harga computer yang aku beli ni RM3,928.00
Pinjaman yang aku buat RM3,900.00
RM20 aku tambah sendiri sebab dah termaktub dalam syarat-syarat pinjaman macam tu.
Kalau harga computer RM4,899.00, baki RM99.00 tu kita tambah duit sendiri. Atau boleh jugak pinjam amaun yang kita nak je. Contoh harga computer RM7,000 tapi pinjaman hanya boleh buat sampai RM5000 je, so RM2000 lagi tu tambah duit sendiri la.
Selain beli computer dan laptop, boleh juga guna duit pinjaman ini untuk beli smartphone. Korang boleh buat loan ngam-ngam RM5,000. Tempoh bayaran balik sehingga 4 tahun/ 48 bulan.
Selepas 3 tahun, korang boleh buat pinjaman baru dengan syarat korang kene selesaikan dulu loan yang ada.
Untuk pembelian computer ni, aku mintak pendapat daripada sahabat aku yang terror IT. Dia lah suggest untuk aku tambah itu dan ini sampai lah harga computer yang aku nak ni RM3,928.00
Pinjaman ini hanya untuk kakitangan kerajaan bertaraf tetap sahaja. Kakitangan kontrak, sambilan atau sementara tak boleh apply.
Pinjaman ini hanya untuk pembelian computer baru. Selain beli computer, boleh jugak beli sekali printer/scanner dan device lain.
Untuk aksesori lain, aku tambah software Microsoft Office yang original, harganya RM450.00
Untuk buat pengiraan kadar bayaran sebulan untuk pinjaman computer, korang boleh semak kat SINI
Tinggal lagi 2 bulan sebelum habis tahun 2019. Harap-harap 5 lagi wishlist aku tu dapat tahun ni. Kalau tak dapat, postpone ke tahun depan laa nampaknya. Hahaha!
2 Comments
Alhamdulillah..rezeki dan syukur bila dapat apa yang kita hajati :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. sujud syukur. walau apa cara pun kan. Terima kasih.
DeleteTegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa