Beli Casing Ipad 2 Model Lama Tahun 2012 Kat Shopee


Berbulan-bulan dah aku survey casing Ipad 2 ni kat shopee. Kenapa aku pilih shopee? Sebab senang nak cari barang yang kita nak. Just masukkan keyword, akan jumpa terus. Tapi kena gak tilik satu persatu sebab kebanyakannya jual casing untuk ipad model terbaru je. Susah nak jumpa untuk ipad model lama.

Aku ada jugak cari kat Instagram. Gunakan hashtag yang berkaitan, tapi tak jumpa casing ipad model lama. Ipad aku ni ipad tahun 2012, dah lebih kurang 7 tahun. Katanya kawan aku memang susah nak cari casing ipad model lama sekarang ni. Kalau original, mungkin ada. Tapi kau paham je la kan yang original mahal. Kalau casing ipad ni, aku tak kisah sangat beli yang murah dan tak original. Tapi bab skincare dan vitamin, aku nak kena cari yang helok dan terbaik walaupun bocor poket aku. Hahahaha. Arghhh, tak kisah lah mahal sikit asalkan tak  menjahanamkan kulit dan badan aku.

Harga casing kaler sweet pink ni cuma RM14.50, caj pos dari China RM4.30. Jumlah semua, RM18.80 je. 
10 hari baru sampai ke tangan. Aku yakin nak beli bila baca review. Ada yang ok, ada jugak yang tak ok. Tapi awal-awal aku dah set kat otak, aku mesti dapat yang ok. InshaAllah. kalau tak dapat sama macam apa yang aku nak, aku kena redha. So, tawakal dan yakin, terus klik order. 

Bila dah sampai, dah guna, Alhamdulillah ngam. Puas hati lah dengan kualiti barang. 

Aku pilih warna soft pink sebab nak selari dengan bisnes baru aku, Mary Kay. Tema warna Mary Kay kan warna pink.

Bisnes Mary Kay ni pulak sekarang banyak pakai apps. Ada apps makeup muse, marykayintouch dan skin analyzer. Skin analyzer ni connect dengan apps kat handphone. Handphone aku android, so tak berapa stabil untuk guna handphone. jadi aku nak cuba gunakan ipad pulak. Belum cuba try test lagi. Harap-harap ok walaupun ipad ni dah boleh masuk sekolah darjah 1. Hahahahaha.







Inilah seller yang aku order casing ipad ni. Puas hati. Casing untuk Ipad baru pun ada. Cubalah cari. 


Disclaimer : Entry ini bukan iklan ye. Aku tak dibayar apa-apa untuk buat review ni. Aku cuma nak berkongsi dengan korang yang senasib ngan aku yang masih guna ipad model zaman tok kadok. hihihi. 

4 Comments

  1. Cari apa je, ada kat shopee tu.. nice sharing.

    ReplyDelete
  2. cantik design casing ipad tu. pink pulak tu my favourite. Harga pun boleh tahan murah juga. skang ni beli online survey kat shopee dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik. syukur jumpa yang murah dan cantik. betul, mesti tengok kat shopee dulu. hihihi

      Delete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa