Ladies Nite PUSPANITA KDN 2019 di IOI Palm Garden Resort, Putrajaya


Ladies Nite PUSPANITA KDN 2019 | Majlis makan malam PUSPANITA KDN ni pada 7 November 2019 yang lepas di IOI Palm Garden Resort, Putrajaya. 

Kisah ni belum basi kan? Hahaha.
Malam ni baru dapat nak berstory mory kat blog ni. Macam sibuk benor je kan life aku. Padahal penyakit M tu yang menebal naww naww.


Macam Hari Kelurga KDN 2019 , majlis makan malam PUSPANITA KDN ni pun pertama kali aku join. Entah apa yang merasuk hotak aku untuk join sama pun tak tahu lah. Aku cukup payah nak join event anjuran jabatan ni. Excited lebih, lagi-lagi bila ajak my colleague untuk join sama, dorang pun setuju. Berlima lah aku and the gang. Itu pun nyaris 2 orang tak dapat seat. Full house wei!

Tapi kalau dah rezeki tu Allah nak kasi, memang dapat. Maka ber hora horey lah kitorang bila semua dapat seat join Ladies Nite PUSPANITA KDN 2019.




Malam tu kami dihiburkan dengan penyanyi dari semua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Sedap suara deme wei.

Ada seorang artis jemputan, lelaki. Katanya salah seorang peserta program nyanyian reality TV, Big Stage. Sorry, aku tak kenal. Hahaha.

Yang aku tahu peserta Big Stage, si juara dia, Sarah Suhairi. Aku suka budak pompuan ni sebab suara dia gemersik weh. Merdu je. Sedap la kiranya menerjah ke telinga aku nih.





Sambil-sambil tengok persembahan nyanyian, sambil makan. Ini lah antara menu dinner kitorang. Sedap sangat tau. Haih lapar pulak perut aku tetengah malam ni tengok gambar ni. Hihihi.

Bila perut dah kenyang, dah dapat hadiah lucky draw, maka dah sampai waktu nak balik. Sempat la posing gaya retis dulu di sebalik pintu dewan. Jadi lah, dari tak ada langsung.

Maka, korang layankan aje la gambar berlagak retis aku and the gang ni ya. Kasi chance la kan. sekali sekala.







Bye.
Jumpa lagi Dinner PUSPANITA tahun depan. Mana tahu, rezeki kitorang lagi kan. Hahaha.

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa