13 Mac 2023, Hafidh start bersekolah di PASTI Putrajaya. Kami pilih untuk hantar Hafidh ke PASTI atas 3 sebab;
- dapat belajar agama
- sekolah sepenuh hari - pagi hingga petang
- yuran bulanan yang berpatutan, cuma RM380.00 sebulan
Untuk dapatkan tempat sekolah PASTI, aku dah apply awal lagi, dari bulan Jun 2022 dengan bayaran deposit sebanyak RM300.00 . Alhamdulillah, dapat. Mulanya aku risau juga kalau tak dapat sebab setahu aku sekolah PASTI ni pun antara pilihan ramai mak ayah untuk anak-anak.
Pada bulan November 2022, pihak sekolah maklumkan supaya hadir ke sekolah untuk ambil ukuran saiz uniform sekolah.
Sesi persekolahan sekolah PASTI ni sama macam sekolah harian, sama macam kakak-kakak dia, start 20 Mac 2023. Cuma Hafidh bersekolah awal seminggu untuk pelajar baru, ada sesi orientasi.
Yuran permulaan, seingat aku dalam RM1200.00 lebih, termasuk yuran bulan Mac 2023. Walaupun sekolah bermula pertengahan bulan, yuran tetap sama, RM380.00
Bila dapat uniform sekolah, aku terkejut jugak la. Banyak sungguh uniform sekolah Hafidh. Patut lah yuran mahal. Hahahaha. Dan termasuk buku-buku latihan .
Tapi bagus jugak, mudahkan kerja mama, tak perlu basuh setiap hari. Sehari, kena pakai 2 pasang uniform. Sesi pagi dan sesi petang. Jadual pemakaian uniform sekolah macam jadual kat bawah.
Selepas 5 bulan Hafidh bersekolah, Alhamdulillah aku suka dengan perkembangan dia. Mulut tu tak henti berzikir. Baca surah Al-Fatihah. Baca doa makan siap terjemahan yang panjang. Walaupun bacaan dia tu sebutan tak berapa nak betul. In sha Allah, kalau ada rezeki, tahun depan 6 tahun, kekal di PASTI juga.
0 Comments
Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa