Gambar hiasan sajork. Bukan aku punya. Hihi |
Tak ramai yang celik pasal emas ni...kene tipu pun ramai.. macam aku dulu pun, buta jugak pasal emas ni..aku ingatkan emas ni semuanya sama. Rupanya banyak kategori emas.. yang murah, yang mahal, yang lembut, yang keras, yang solid, yang hollow...haihh banyak laa..macam2 jenis duk ada...
Jom belajar sikit pasal emas, membaca jambatan ilmu...bila ada ilmu, tidak mudah kene tipu dek orang...hehehehe...
JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA
1) Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas
• Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.
2) Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)
3) Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.
4) Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.
5) Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas.
• Mempunyai 25% adalah cambpuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya.
0 Comments
Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa