Benda Yang Dia Paling Suka Bila Pergi Shopping Complex



MidValley Megamall memang banyak bende alah ni...siap duit syiling jer bebanyak....hihihi

Makan Angin di Melaka


Ahad lepas, makan angin ke Melaka...rasa boring pulak. Rasa nak hirup udara Melaka....
plan angan adik-adik, pergi sekali, satu kereta...penuh !

Berjimba di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur

13 Nov 2012 | Selasa
Hujung tahun ni memang banyak benor public holiday....pening gak pk ke mana lah arah tuju. asek duk umah jer, bosan gak kan....macam-macam destinasi nak terjah, tapi pk kan cuti sehari jer masa Deepavali itu hari, kene pilih lokasi yang dekat-dekat jer la....

terpacak rambut kupikir, lastly my hubby ajak ke Aquaria KLCC...memang tak pernah pegi walaupun dah lama bermastautin kat KeyEll.....hahahah...siannnn

otw ke KLCC...

hi Onnee...excited nak gi Aquaria KLCC...
snap skittt....(<____>)

berpinau jugak la cari Aquaria KLCC ni..mulanya ingatkan dalam shopping centre KLCC tu...siap masuk parking, ronda dalam 15 minit undergorund parking, dicaj RM 4 then keluar sebab tetiba rasa cam "memang salah masuk ni"...ahhahaha

then keluar parking, ronda tawaf KLCC...2x kau...
rupanya depan Impiana KLCC Hotel & Spa jerr..
aiiyyaaaakkkk....hurmmmm....

terus masuk parking, park kat luar jer....malas nak parking dalam...
#lega#

dah jupe, apa lagi ditunggu....seranggggggg

tengah Q beli tiket...ramai jugak time tu, almaklum la, public holiday

tiket masuk 
(blurrr jerrk,...hahahah..layannnn)

Dewasa RM 38.00
Kanak-kanak RM 28.00
Warga Emas RM 28.00

make sure korang tunjuk Mykad & Mykid utk dapat harga ni tau..
kalo tak, korang kene bayar harga ni

Dewasa RM 50.00
Kanak-kanak RM 40.00
Warga Emas RM 30.00

utk baby, FREE
of course Onnee dapat free entrance...
ontong wooo...

korang boleh refer website Aquaria KLCC kalo nak tahu lebih details...kat sini saya explain sikit-sikit sudeyyy..ehehhe

kekdah nak tentukan kategori tiket;

Kanak-kanak >> umur 3 tahun - 12 tahun 
umur 13 tahun tu, dah masuk kelas dewasa...hohohoho

Warga Emas >>> umur 60 tahun ke atas

Bayi >>> 2 tahun dan ke bawah..
so, time anak kita dalam kategori baby ni, bawak la ke Aquaria KLCC beratus kali pon tak per, jimattt....
kahkakhakah..

so, layan je la potret2 yang tak seberapa ni....tapi memang puas la masuk Aquaria KLCC ni..berbaloi dengan ongkos tiket tu....ngeeeeee

#sila layan...kalo bosan, tidor...ahakzzz#

first view, ikan yang beratus ekor dalam akuarium ni....
subhanallah, cantik...kalo dalam laut nih, konpem lagi cantik kan..

lawa weh...

tapi sayang, Onnee takut plak tengok ikan yang banyak ni..meremang bulu roma kot.....
alahai anakku, pesal ntah..hahahha

memang konpem kene bawak beratus kali, nak buang ketakutan melampau Onnee....
hohoho..
ke memang bebudak cam tu eyh...??

mak budak excited lebey....

smile vs serius

sian anak mama....
sume pon takutt...haishkkk..

kalo tak salah aku, ini lah kot ikan buaya..
sebab rupa lebih kurang boya jaaa....tapi ikan...
pening
#maaf kalo salah..ehhehe#



slow2 nak serasi dah tuu...hihihihi

cekcinya anak mama...hehehehe


tu dia , menguap..ngantuk dah ker??




blue lighting, tenang jer tengok pic ni....

dan banyakkk lagi la segala spesis haiwan laut yang ada kat Aquaria ni....
tak payah susah2 korang terjun laut nak tengok makhluk Allah ni....

ini saat yang paling ditunggu2.....lalu bawah ribuan penghuni laut....
bestttt...tapi tak byk snappy coz sekadar guna Galaxy Tab 7 Plus jer kan..
pic pon gelap kelabu asap.....
layannn je la yea..
hahahahahaha
#banyak rakam video je dalam ni...excited masa tengok dorang kasi ikan2 ni makan....#
korang pegi sendiri la, kalo saya citer jer, tak feellllll....


shark pun ada...
buat sup pon sodappp nihh..


takut..

takut lagi...

heppy family forever...
Mama + Onnee + Abah

selepas ni, ada lagi ...dan lagi....last korang akan jumpe, souvenier shop...
cam biasa, beli la something , tanda kenang-kenangan buat Onnee....

sukeeerrr...

sebelum nak tutup kitab, layan dlu pic my onnee yang baru jer cecah 12 bulan, pada 5 Nov lepas..
i luv u so much my laling..






#the end#


Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Pagi-pagi lagi dah dapat sesuatu yang best bila terbaca blog Kak Cery....TIPS UTK KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN... memang best !!

Mmg ler tak dinafikan, lepas bersalin nih bentuk badan dah tak macam dolu2...walaupun orang cakap saya maintain kurus selepas bersalin. Memang pada luarannya nampak kurus, tetapi................sparetyre banyak nih oiiii.. dah nek segan nak pakai baju kurung moden, kebaya dan sewaktu dengannya... heheheheheh. Maka ter'bengkalai'lah baju2 saya yang melambak dalam almari tuh...hihihihi...Dah tu, skang baru sebok2 nak tempah baju kurung yang besar sikit, cover sparetyre.....wakakkakaka

Dah dapat hot tips hari ni, lepas ni boleh lah melaram balik ngan baju2 tu semua...hurmmmm bahagianya, tapi kena lah praktikkan tips ni kan. Jom saya kongsikan juga dengan anda semua k ;-

TIPS

1. Melangsingkan badan, cara paling mudah dan murah ialah ketiga2 bahan ini dikisar dan diperah airnya utk diminum ..amalkan 2x sehari..insyaAllah badan beransur langsing dan menarik

Dua biji lobak merah dipotong 


Sebiji mentimun segar



Sebiji limau nipis 


2. minum air suam tak minum sejuk.
3. elakkan mengambil mkanan yang bergoreng dan berlemak.
4. minum jus pegaga tiap2 pagi.


5. Bengkung 2x seminggu (malam sahaja) ---> selepas kembali bekerja.
6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat sits up sebanyak 50 - 100x waktu pagi2.

7. minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
8. Pastu bersihkan perut dgn air suam untuk bukak liang2 roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.
9. makan yogurt 3 kali sehari.. pilih low fat yg kurang gula.... sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu... sebab kata org dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat)... jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup.... yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu... so ok la kan... 2 dalam 1....
10. kurangkan minum semasa makan, kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit2 cos nanti lemak makanan susah hadam. after half hour baru minum byk.
11. Sebenarnya hal2 pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 tak kecut dengan sempurna.
12. BELLY DANCING. sambil senaman boleh menghiburkan hati. buat la sendiri2 dlm bilik tidur atau shower.

13. nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda.sambil baring ,bengkok kan kaki ..letak anak kat kaki tu..pas tu angkkat kan baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat...and enjoy...
14. ...Untuk perut bahagian atas:-baring atas katil,bengkokkan lutut ,pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8..Ulang 8 kali 1 sesi .Untuk Perut bahagian bawah(area rahim)-ni yang paling susah lemaknya nak dibuang...baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi)...Ulang 10-20 kali satu sesi..Buat setiap hari sebelum tidur..Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal...Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut/mengeleber/berlipat...
15. jangan mandi lepas mkn. nanti suhu badan sejuk and penghadaman kurang efectif.
16. bagun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. mungkin so that body tak terkejut sgt kut. siap ader yg bagi tip minum b4 berus gigi.
17. kunyah very slow. so badan tak penat nak process food yg besar2.
18. this one sangat2 penting. pastikan makan at least 4 hrs b4 go to sleep. obvious reason is makanan tak sempat digest b4 that.
19. jangan lupa plak untuk exercise. tak kira la apa2 pun..boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) n pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal2 di rumah..pun dikira exercise juga...sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla..banyak kan kerja kat rumah..kalau hari2 buat, tu pun dikira exercise juga tu.. lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym
20. breastfeed baby...Credit : Cery MamaFaiz

"selamat beramal"

Double Master Celebration Master Shareeza & Master Zuraifah di Impiana Hotel KLCC & SPA



 keluarga besar grup Jutawan di bawah Master Shareeza





bersama insan yang banyak membantu saya
semoga beliau dirahmati Allah s.w.t selalu..
thanks 'mommy' Zura Betty
(^___________^)
big kiss for u

 bersama 'pelakon utama' di majlis ini
Master Coordinator Shareeza
kecik2 cili padi...kecik tapi berbisa.....
tahniah 


bersama orang kuat Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim


Glucose 6 Phosphate Hydrogenese ( G6PD )


Setiap kali ibu-ibu yang bertanya SET PENYUSUAN, saya akan tanya balik, adakah bayi anda mempunyai G6PD. Apabila mendengarkan perkataan ini, ramai yang terkejut dan tidak tahu. Apa tu G6PD?? Kenapa saya bertanya demikian???

Ibu-ibu atau bayinya mempunyai G6PD tidak dibenarkan mengambil produk ALFALFA COMPLEX iaitu salah satu milk booster bagi sesetengah para ibu

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

Apakah G6PD??
  •  Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.
 Fungsinya ;
  • la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
  • Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal.
Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD ;
  • Anda akan dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.
  • Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.
Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mendapat kuning (Jaundice) dengan serta merta.
Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.

Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD;
  1. Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
  • Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat.
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
  • Minyak gosok.
  • Kacang parang
    2. Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan beri kepada bayi yang berpenyakit  
        G6PD sebelum pulang.

Sila pastikan;

Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD.

Apa akan berlaku kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? ;
  • Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
  • Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
  • Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
  • Demam dan pucat.
Bolehkah seseorang yang kekurangan G6PD hidup secara normal ?
  • Mereka boleh hidup secara normal tetapi dia mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.
  • Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit keturunan atau berjangkit.
Antara ubat - ubat yang harus dielakkan atau digunakan dengan berhati-hati bagi pesakit kekurangan G6PD; 

Antimalaria
  • Chloroquine.
  • Hydroxychloroquine.
  • Primaquine.
  • Pamaquine.
  • Pentaquine.
  • Quinine.
  • Mapacrine.
  • Antirheumatik / Analgesik.
  • Phenacetin.
  • Aminopyrine.
  • Acetylsalicytic acid.
  • Antlpyrine.
  • Probenecid.
  • Acetalinid
Antibakteria
  • Chlorophenicol
  • Cotnimoxazole
  • Furazolidine
  • Nalidixic acid
  • Nitrofurantoin
  • P. Aminosalicylic Acid
  • Sulphonamide
  • Sulphanilamide
  • Sulphasoxazole
  • Sulphamethoxypyridazine
  • Sulphathizole
  • Sulphamerazine
Lain-lain
  • Choramine
  • Dapsone
  • Dimercaprol
  • Antisine
Napthalene (ubat Gegat)
  • Phenythydrazine
  • Benadryl
  • Tripelennamide
  • Procainamide
  • P. Aminobenzoic AcidSS Cream
  • Fava beans
  • Vitamin K Analoques
  • Pyrimidone
  • Pyribeneamine
  • Mathylene blue
Credit Info : drcyber@melayu.net

Vitamin Ibu Hamil: Lahirkan Bayi Yang Sihat, Pintar & Berkualiti Dengan Vitamin Shaklee

Ibu hamil memerlukan nutrisi lebih banyak berbanding orang biasa untuk tumbesaran bayi yang dikandung dan juga untuk kesihatan ibu sendiri. Nutrien ini boleh didapati daripada sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan sebagainya. Namun begitu, ada juga sesetengah ibu hamil tidak dapat menikmati kesemua makanan ini akibat kurang selera makan dan kerap muntah. Maka, dari mana untuk dapatkan nutrien yang mencukupi. Oleh itu, vitamin atau suplemen untuk ibu hamil yang dirumuskan khas bagi  memenuhi setiap keperluan nutrisi ibu seperti asid folik, zat besi, kalsium, multivitamin & mineral, DHA dan EPA. Kekurangan nutrisi boleh mengakibatkan pelabagi komplikasi samada kepada ibu dan juga bayi yang dikandung.

Vitamin Yang Penting Untuk Kesihatan Ibu Hamil

Asid Folik (Folic Acid)
• Asik folik membantu mencegah kecacatan kelahiran otak dan saraf tunjang (spina bifida). Ia juga boleh melindungi ibu hamil terhadap kanser dan strok.
• Ibu hamil perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari dari makanan dan vitamin tambahan.

Besi (Iron)
• Besi membantu perkembangan otot-otot kepada ibu hamil dan bayi.
• Ia juga membantu mencegah anemia (sel-sel darah merah terlalu kecil dan terlalu sedikit).
• Besi juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah.

Kalsium (calcium)
• Kalsium membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi.
• Ia juga membantu sistem saraf, otot dan mengekalkan sistem peredaran darah yang sihat.
• Jika ibu hamil tidak mendapat kalsium yang mencukupi dari makanan, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dia dan memberikannya kepada perkembangan bayi.
• Dari semasa ke semasa, kekurangan kalsium dalam tulang boleh menyebabkan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, tulang nipis dan meningkatkan risiko tulang pecah.

Asid Docosahexaenoic (DHA)
• DHA juga dikenali sebagai asid omega-3 lemak. Ia membantu menyokong dan perkembangan saraf otak dan mata bayi.
• Ibu hamil perlu mendapatkannya sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari.

Ini antara vitamin Shaklee yang disyorkan buat ibu hamil. Vitamin ini sudah mencukupi dan ibu-ibu tidak perlu lagi mengambil asid folik dan obimin dari sumber lain.



Vitalea Iron Formula (multivitamin)
Vitamin C
ESP Soy Protein Isolate Powder (dalam bentuk serbuk, bancuh sebelum minum)
B-Complex (asid folik)
Omega Guard (minyak ikan, sumber EPA & DHA)
Ostematrix (kalsium)
Jom semak, kenapa vitamin-vitamin ini yang dicadangkan;

# membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah. Dengan pengambilan Vitalea ni, dah tak perlu obimin.
# baik untuk ibu yang mengalami paras rendah hemaglobin (hb) 
  • Sustained Release Vitamin C Plus

# Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • B-Complex (asid folik)



# Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.



# Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.




# Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.

Pengambilan vitamin adalah mengikut keperluan dan bajet. Bagi ibu hamil trimester pertama, cukup sekadar mengambil vitamin asas seperti B-Complex (perlu), Vitalea (perlu) , Ostematrix (optional jika ibu tidak suka minum susu) dan Vitamin C (perlu). dan ESP Soy Protein juga optional... tak ambik, tak apa. tapi kalo ambik, lagi bagus untuk kesihatan kulit bayi dan ibu sendiri. Note: elakkan minum soya kotak kerana banyak banyak bahan pengawet dan proses penghasilan yang tidak mengikut kaedah betul sepertimana ESP Soy Protein dihasilkan yang boleh menyebabkan kulit bayi sensitif dan tidak berkualiti...wallahualam !!

Bagi kehamilan pada peringkat trimester ke-2 dan 3, boleh tambah Omega Guard, untuk perkembangan otak dan mata bayi. In sha Allah, dapat melahirkan anak yang pintar. Menurut kajian, bayi yang ibu nya mengambil minyak ikan semasa hamil amat berbeza tahap kecerdasan berbanding anak yang ibunya tidak mengambil minyak ikan. wallahualam !!


Vitamin Lengkap Yang Disyorkan Oleh Pakar Nutrisi Shaklee buat ibu hamil dan ibu-ibu selepas bersalin/berpantang. Sesuai buat ibu yang berslain secara normal mahupun secara pembedahan (ceaseran)