Sumber gambar : pakcik google |
Kebetulan ada kawan cum jiran cum customer Shaklee aku, datang rumah. Sembang-sembang dengan dia, dia terkeluar cerita pasal anak dia yang darjah 1 tahun nih. Terima kasih Asma, berkongsi tips dan pengalaman ngko ngan aku dan buat aku tersedar untuk buat persiapan awal dari sekarang. Jadi aku ada baca blog mereka yang berkongsi tips dan juga ada buat survey kat fesbuk.
Hasil daripada komen kawan-kawan fesbuk, ini yang dapat aku rumuskan untuk jadikan panduan.
1. Yuran Sekolah - aku tak pasti berapa yuran untuk kedua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Siap-siap menabung je lah.
- Yuran Sekolah Kebangsaan
- Yuran Sekolah Agama / KAFA
2. Baju Sukan
- T-Shirt sukan - boleh beli di koperasi sekolah sebab siap logo sekolah. Kalau tak sempat beli sebab kehabisan, boleh pakai t-shirt warna putih dulu.
- Seluar sukan - boleh beli sendiri atau beli di koperasi sekolah. Biasanya cikgu akan suruh beli seluar warna gelap macam hitam, dark blue.
3. Uniform sekolah
- Baju sekolah warna putih dan kain biru gelap. Aku cakap kat my husband Mr Ady, nak beli kain dan nak tempah. Tapi dia cakap, baik beli yang dah siap. Elok jugak kualitinya dan yang penting lebih murah. Lagipun anak tu baru umur 7 tahun. Tengah melasak. tak der masa nak tengok baju lawa ke tak. hihihihi
- Tudung sekolah material lycra - ada jual kat koperasi siap lencana atau boleh beli sendiri. kawan aku suggest belikan ajer material lycra. Kalau material satin ni, licin dan susah budak-budak nak handle. Silap haribulan, tudung dah tutup muka. hihihi.
4. Kasut sekolah
- Kasut sekolah - beli 2 atau 3 pasang. Kalau anak tu terlalu lasak sampai kasut asyik transform kaler hitam jer tiap kali balik sekolah, elok lah belikan 5 pasang kasut terus. Untuk 5 hari persekolahan seminggu. Senangkan kerja mak-mak terutama yang bekerja.
- Jangan lupa tulis nama anak kat belah dalam kasut.
- Beli kasut yang berkualiti sebab takut cepat koyak. tapi ada juga kawan aku cakap, beli jer yang biasa. kalau cepat koyak dan rosak, tak la ralat sangat. So, terpulang lah ye.
- jenama kasut yang dicadangkan - Pallas. Aku pon tak tahu apa brand kasut sekolah zaman sekarang ni. Nanti aku survey lah dulu.
- haa, yang nih aku rasa tips paling penting. - Beli kasut sekolah yang canvas, cepat kering kalau basuh.
- Kasut sekolah, kalau boleh jangan beli awal sangat ataupun beli yang saiz besar sikit. Kalau beli awal sangat, takut tak dan pakai lama, dah ketat.
5. Bekal ke sekolah
- Botol air dan bekas makanan - beli yang biasa-biasa dan murah jer dan beli lebih, buat stok. Kawan aku cakap, botol air anak dia selalu hilang. hahahahadoi.
- paham ler mak-mak suka ber bento. bekas bukan main cute. Aku pon suka. Apa pun, terpulang lah kan.
6. Buat kedai stationery mini kat rumah simpan stok alatulis masa kecemasn. hahahha
- buat stok stationery ala-ala kedai alatulis. kalau budak yang baru kenal alam sekolah nih, dorang bukannya reti nak jaga alatulis. hilang tu, biasa. kadang tu setiap hari hilang. Patut lah ayah aku selalu cerita yang adik dia aka mak sedara aku, asyik kene beli pensil baru. Pergi sekolah, wajib pensil hilang atau pon patah dua. hahahahah. *rindu Mok Nik. Al-Fatihah*
- alatulis yang mesti ada;
- pensil 2B Stabilo, Staedtler atau Faber Castell untuk guna masa exam.
- pemadam : beli yang murah-murah jer. nak yang elok, pakai masa exam nanti. Kalau
beli pemadam yang besar, boleh jer potong. nak hilang? haa tak per, ada lagi separuh. hahaha
- pensil warna yang murah dan biasa. Ada yang cadang beli pencil warna Faber Castell yang
dalam kotak. Nanti boleh recycle kotak plastik tu.
- crayon
- gunting
- pembaris
- gam
7. Beg sekolah
- Jangan beli beg yang troli, susah nak tarik naik tangga kalau kelas atas. beli yang biasa-biasa dan murah > kalau ada duit lebih, nak beli yang mahal pon, terpulanglah. Yang pasti, beg sekolah budak akan cepat rosak sebab dorang tak pandai lagi nak jaga. Sebaiknya tulis nama atau tempah key chain untuk gantung di beg sekolah dia. Nama dia, nama kita sekali dan nombor telefon parents.
8. Pakaian extra
- Legging untuk girl. Almaklumlah, anak-anak tengah melasak, kang terselak pulak kainnya. hehehe
- Stoking dan anak tudung kene beli lebih sebab cepat longgar.
- Singlet.
- Sapu tangan.
9. Lain-lain
- buat/tempah sticker nama untuk tampal pada buku, botol air, bekas makanan , pencil box dan sebagainya.
- beli stiker warna untuk tampal pada buku ikut hari/jadual kelas.
- menabung duit RM1 dari sekarang atau tukar siap-siap untuk perbelanjaan anak semasa kat sekolah nanti.
teringat pulak masa aku sekolah dulu, ayah aku bungkus duit syiling dengan surat khabar supaya tak hilang. hehehe
comel jer kan ayah aku. (^__^)
10. Ajar anak buat benda basic (masa minggu orientasi nanti)
- kita kene ajar anak untuk guna duit untuk beli makanan. Tahu cara nak bayar dan ambik baki. sekarang pon dah boleh ajar kan.
- mak ayah boleh pergi tengok kat kantin ada jual apa. Ajar anak beli apa yang sesuai.
- Boleh juga ajar anak / pesan kat anak beli makanan apa supaya tak beli jajan.
Siap sedia mental dan fizikal mak ayah dari sekarang. Kene pastikan anak kita dah boleh membaca dan mengira. (
Ok, dah ready ke nak mengadap sesi persekolahan? 6 tahun boleh lagi hidup selesa. nak pergi bercuti memana, tak kisah pasal cuti sekolah ke tidak. Lepas nih, kene tunggu cuti sekolah baru boleh plan bercuti atau balik kampung.
0 Comments
Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa