Memories Are Special Moments That Tell Our Story
  • Home
  • About Me
    • Empunya Blog
    • Disclaimer
    • Contact Me
  • Family
  • Travelog
    • Malaysia
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Istanbul
    • Umrah
  • Lifestyle
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Blogging Tips
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Review
    • Hotel
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Food
    • Health & Beauty
  • Shop
    • BlogForever Living
    • Shop
    • Shopee
Ibu bapa sekarang lebih bijak dan sudah ada kesedaran dalam memilih produk penjagaan bayi yang lebih selamat, natural dan bebas daripada bahan kimia merbahaya.
Semua orang tahu, bayi adalah insan comel yang sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi dari segenap sudut.

Pakaian bayi.
Makanan bayi.
Persekitaran bayi.
Barang permainan bayi.

Begitu juga dengan kulit bayi. Jika bayi terdedah dengan kimia yang merbahaya, bukan sahaja menyebabkan masalah pada kulit seperti eczema, malah ada yang lebih teruk diserang penyakit seperti asma dan sebagainya.
Antara produk penjagaan bayi yang bagus kat Malaysia ni adalah CHOMEL. Lengkap dengan pengesahan HALAL daripada JAKIM MALAYSIA.



Apa yang istimewanya produk CHOMEL ni?

  • Produk CHOMEL diperbuat daripada bahan yang natural dan tanpa bahan sintetik.
  • Bebas daripada silikon dan mineral oil. 
  • Bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan.
  • Dermatologically tested untuk kulit sensitive
  • Hypoallergenic 
  • Suitable for Newborns and Babies 
  • Sesuai juga digunakan oleh orang dewasa yang ada masalah alahan kepada bahan kimia
  • Disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia 
  • Tidak diuji ke atas haiwan.

CHOMEL ada banyak produk. Tapi aku cuba Baby Head To Toe Wash, Lotion & Baby Wipes dulu. Next time try yang lain pulak. 



Head To Toe Wash CHOMEL sangat best. Tak banyak buih dan tak pedihkan mata tau. Bau dia sangat natural dan tak menusuk hidung. So memang betullah sesuai untuk baby.

Apa yang best mengenai Baby Head To Toe Wash.
  • Isian 500ml
  • Harga : RM34.90
  • PH seimbang 
  • Head To Toe Wash - membantu membersihkan tanpa menyebabkan kulit kering. 
  • Tiada bahan sintetik, hanya Minyak Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare yang digunakan untuk membantu melembapkan kulit.
  • Diperkaya dengan Vitamin C & E untuk membantu menguatkan perlindungan kulit dan menjadikannya sihat dan lembut.
  • Tidak beracun dan selamat untuk keluarga kita

Bagaimana pula dengan Baby Daily Lotion?
▪ Isian 500ml
▪ Harga : RM34.90
▪Losyen lembut dan boleh membantu melegakan, melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semula jadi kulit.
▪Tiada bahan sintetik, hanya minyak semulajadi Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare yang digunakan.
▪Diperkaya dengan Vitamin C & E untuk membantu menguatkan perlindungan kulit dan menjadikannya sihat dan lembut.
▪Tidak beracun dan selamat untuk keluarga kita.

Muhamad Hafidh happy dapat produk baby skincare baru.
Kakak-kakak juga guna CHOMEL. Suka sangat lah dorang mandi dengan Head To To Wash. Lepas mandi, lelaju ambik lotion sapu satu badan.

Wangilah mama!



Satu lagi aku cuba Baby Wipes yang berharga RM6.90

Walaupun Muhamad Hafidh dah besar, dan tak guna baby wipes untuk bersihkan poo poo, tapi aku masih guna baby wipes bila keluar. Contohnya aku guna baby wipes untuk lap tangan anak-anak.
Lap babychair bila anak-anak nak duduk makan semasa di restoran.
Apa keistimewaan baby wipes CHOMEL?
▪Baby wipes CHOMEL sangat tebal dan tahan lama.
▪Tiada bahan sintetik, hanya bahan semulajadi seperti Minyak Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare yang digunakan untuk membantu melembapkan kulit.
▪Diperkaya dengan Vitamin C & E untuk membantu menguatkan pelindung kulit untuk menjadikannya sihat dan lembut.



mama suka sangat CHOMEL. InsyaAllah akan repeat order.Hihi.


Seperti yang aku bagitau di awal entry, CHOMEL ni ada pelbagai produk selain Head To Toe Wash, Baby Daily Lotion & Baby Wipes. Antaranya ialah;

▪Baby Laundry Detergent
▪Baby Fabric Softener
▪Hand Sanitizer
▪Foaming Hand Wash
▪Toy & Surface Cleaner
▪Breastpump & Bottle Cleanser
▪Travel & Highchair Cleaner

Mommy daddy yang berminat nak cuba CHOMEL baby skincare, boleh terus ke website CHOMEL.

Website : https://chomelbaby.com
Instagram : Chomel
Facebook Page : CHOMEL

Apa pendapat korang tentang produk baby skincare CHOMEL ni? 

Paling menarik perhatian aku adalah packaging dia. Setuju tak dengan aku? Hihi. 


"Anak-anak adalah amanah. 
Berikan mereka perlindungan dan kasih sayang sebaiknya."
Tahun 2019 ni ada benda yang aku nak. InsyaAllah aku akan usahakan untuk dapatkan dan tunaikan wishlist aku ni. Hanya Yang Maha Esa yang mampu tunaikan.
Ya Allah, jika semua wishlist aku ni terbaik buat aku, Kau tunaikanlah pada tahun 2019 ini.

Wish 1. Komputer peribadi DELL

Selama ni aku buat kerja-kerja tempahan blog, blogging dan sebagainya menggunakan laptop yang aku beli masa sambung belajar part time Degree di UTM SPACE. So aku guna laptop tu lah sampai sekarang. Last month, laptop rosak pulak. Skrin tak boleh ON. Bila hantar kedai, katanya mother board rosak. Kalau nak repair pun dalam RM200-RM300. Tetiba terfikir, kan bagus kalau ada pc. Lagi laju la kerja aku. Auni pun boleh guna untuk belajar menggunakan komputer. I wish, aku dapat set komputer jenama DELL. Dah survey. Kumpul bajet dulu. Hihihi.
Sumber gambar : Google

Wish 2. Bawak anak-anak pergi Legoland & Hello Kitty Town di Johor Bahru. 



Semoga hajat anak-anak nak ke Legoland dan Hello Kitty Town ni tercapai tahun ni. Setelah aku buat kira-kira, bajet lebih kurang RM2000-RM3000. Fuhhh! Aku nak bawak mak dan ayah aku sekali. Eh sorang lagi. Adik bongsu aku pun mestilah ikut jugak. 

Wish 3. SOHO baru.

Make over SOHO supaya bisnes lebih sukses dan teratur. Misi mengejar title Master Coordinator Shaklee dengan income RM50,000 sebulan kan,  maka haruslah ada office yang lebih proper. Ye dak. Hihihi.


Sumber gambar : Pinterest


Wish 4. Study table untuk Auni & Humayraa


Auni dah masuk darjah 2. Humayraa pulak dah 5 tahun. Tak ada tempat belajar yang proper untuk dorang, terutamanya Auni. Simple sahaja untuk bilik dorang ni sebab saiz bilik pun sangat kecik. Duduk menyewa di kuarters kerajaan kan. Belum ada rumah sendiri kat Putrajaya ni. Hehehe.

Sumber gambar : Pinterest

Wish 5. Handphone Huawei P20 Pro Pink Gold RM2799
Sumber gambar : Google

Wish 6. Homestay 

Rumah aku kat Bertam, Penang tu nak sewakan. Tapi pengalaman aku sebelum ni dengan penyewa, buatkan aku takut pulak nak sewakan kat orang. Tapi kalau ada orang baik hati yang nak sewa, aku ok jer. Kalau tak ada orang nak sewa, aku nak deco rumah tu dan buat homestay. Aku dan family pun boleh lepak rumah sendiri bila balik kampung.

Berangan nak deco dengan furniture dari IKEA. Dengar cerita, IKEA Penang dah nak bukak. Tak pasti la bila. Tapi tak apa. Kota tunggu IKEA Penang bukak kat Batu Kawan tu. So tak perlu lagi bazirkan duit transport dari KL ke Penang. Hahaha.

Gambar dari website IKEA Malaysia ni, panduan sahaja. Tak semestinya sama. Lebih kurang la.








Cukuplah dulu untuk tahun 2019 ni. Dapat 6 ni, sujud syukur dah. Alhamdulillah.
Apa wishlist korang untuk tahun ni?
Aku doakan semua wishlist korang tercapai. Amin. 
Hai semua. Belum terlambat lagi kan nak wish Happy New Year 2019! Bersemangat nampak menyambut tahun baru ek?

Aku pun excited sangat nih. New me. InsyaAllah. Tahun lepas tak ada azam apa pun. Tak boleh nak pikir apa sangat la sebab waktu tu tengah 'pregnant'kan Muhamad Hafidh lebih kurang 5-6 bulan. Simptom pregnancy, malas nak pikir apa-apa. Hahahaha.

Jadi untuk tahun 2019 ni, rasa fresh dan feel more energatic.
Untuk 2019 ni, 7 azam baru yang aku nak capai.

Azam 1. Menjadi Muslim yang lebih baik
- mengaji, tadabur Al-Quran
- solat awal waktu
- hafal surah penting seperti Al-Kahfi  , Al-Mulk . Dah tua tua ni memori nak mengingatkan sesuatu tu slow sikit. Kena baca setiap hari supaya cepat ingat. Hahaha.
sumber gambar : pinterest

Azam 2. Baca 12 buah buku bisnes, kewangan dan pengetahuan am. - 1 buku 1 bulan. Mak mak ni memang lambat nak habiskan baca buku. Lagi-lagi mak yang bekerja Isnin-Jumaat, 8-5. Hahahaha. So dapat baca 1 buku 1 bulan tu dah cukup bagus for mommy like me.
sumber gambar : pinterest
Azam 3. Membantu 10 orang wanita berjaya dalam bisnes Shaklee dengan income bulanan paling minimum RM5000. - perlukan semangat luar biasa untuk bantu wanita wanita di luar sana sebab wanita ni bila dia nak berbiznes atau buat apa sahaja, cabaran dia sangattt besarrrr. Macam-macam dia kene hadap.
Azam 4. Sahut cabaran #NoSugarChallenge- sahut cabaran no sugar challenge. Hidup tanpa gula... boleh ke? Excuse laa...kurangkan je la ek. Muahahaha.
sumber gambar : pinterest
Azam 5. Dapatkan balik berat asal 49kg
- turunkan berat badan. Sekarang 57kg. Nak capai berat dulu-dulu iaitu 49kg. Kali ni dengan cara yang lebih sihat. Bersenam. Kurangkan gula.

Azam 6. Buat detoks Shaklee. 

- nak buat detoks Shaklee dengan set detoks untuk lebih sihat

Azam 7. Tambah booster RAJIN update blog- rajin update blog. Hahaha
Kalau sebelum ni, maybe 1 entry 1 bulan. Selepas ni 1 entry 1 minggu. Ehh ke 1 entry 1 hari. Hahahaha.
sumber gambar : pinterest

Cukuplah 7 azam baru.
Apa pulak azam korang tahun ni?
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Cafe Latte.Planner.Travel
Be yourself. People don't have to like you, and you don't have to care.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • [Part 2] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
  • Dokumen Penting Wajib Ada Bila Nak Buka Akaun ASB Anak
  • Laksa Penang Mek Kelate style
  • Lirik Lagu DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza
  • Teknik Paling Mudah Cuci Rel Sliding Door
  • Cara Bayar Bil Melalui maybank2u
  • Bihun Sup Ayam Yang Simple Dan Mudah Tapi Sedap
  • Resipi Bubur Lambuk Terengganu
  • Cuti Tanpa Gaji Selepas Bersalin

Blog Archive

  • ►  2023 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (1)
  • ▼  2019 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ▼  January (3)
      • CHOMEL - Produk Penjagaan Kulit Bayi Yang Natural ...
      • Wishlist 2019
      • Azam 2019
  • ►  2018 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ►  2017 (25)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2016 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (62)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (25)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)

Categories

  • BEAUTY 6
  • Family 31
  • LIFESTYLE 14
  • Planner 2
  • Review 5
  • Travelog 10

Total Pageviews

MY LOVE



Contact Form

Name

Email *

Message *

Featured Post

Majlis Kemuncak Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat PASTI Kawasan Putrajaya 2023

Popular Posts

  • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
  • Mee Celup Sedap Di Presint 9, PUTRAJAYA
  • D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Steamboat Sedap & Murah Pilihan Keluarga
  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • Sambal Bilis Petai Tempoyak Durian

My Blog List

  • Marshalizadotcom
    How to Choose the Right Outdoor Advertising Company Near You for Maximum Impact

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes