'Breast Pump' Pilihan Saya

Pelbagai jenis dan jenama 'breast pump' yang ada di pasaran sekarang ni seriring dengan kesedaran ibu-ibu bekerjaya terutamanya tentang kepentingan dan faedah penyusuan bayi.

Alhamdulillah, semakin menyenangkan dan amat membantu ibu-ibu seperti saya yang bekerja tapi masih dapat meneruskan penyusuan bayi selama 2 tahun....

Dan syukur, saya berjaya jugak menyusukan Onnee selama 2 tahun. Sedar tak sedar, keseronokan menyusukan dia membuatkan saya rasa 2 tahun tu satu tempoh yang amat sekejap...betul tau !! Ikatan antara ibu dan anak yang menyusu dan kasih sayang tu amat erat....saya tak kata ibu yang tak menyusukan bayi tu tak sayang anak yea..jangan salah faham..cuma saya nak ibu-ibu kat luar sana, rasai perbezaannya...cubalah menyusukan anak anda selama dan semampu yang boleh... InshaAllah (<___>)

Disebabkan saya bekerja, so breast pump ni memang penting untuk saya gunakan semasa di pejabat. Nak buat marmet, mengambil masa yang lama dan akan mengganggu waktu kerja saya.. so, breats pump mesti ada untuk memudahkan sesi penyusuan..tambahan pula, jika tidak mengepam akan menyebabkan susu ibu semakin berkurangan kerana kurang rangsangan dan tiada over demand selama lebih kurang 9 - 10 jam tempoh bekerja.

Masa sesi penyusuan Onnee dulu, pam pertama yang saya beli ialah Medela Harmony Breast Pump (manual) dengan harga RM 190.00 (masa ni kira habis murah la sebab harga biasa RM 369.00).

Medela Harmony (manual pump)

Tak lama lepas tu, suction dia semakin berkurang...ambik masa yang agak lama untuk memerah...So, saya decide untuk beli 'electric breats pump'. Oleh kerana bajet pun ciput, so saya pilih Spectra 3...betul-betul heavy duty...hehehehe.... kotak mesin dia tu agak besar dan berat, lebih kurang 1.4kg & ada warranty selama 6 bulan. Masa saya beli tu harga promosi, RM 320. Harga biasa RM 388.00 . Ini lah pam yang saya bawak ke hulu ke hilir, dari pejabat ke rumah...rumah ke pejabat....layannnn, anak punya pasal kan.

S3 ni, memang heavy duty sesangat. Bayangkan selepas 6 bulan pun, saya masih boleh guna dengan baik..cuma dia punya motor tu je la bunyi agak bising sebab saya tak pernah servis selama saya duk guna..hahahahah...yang sepatutnya kene hantar kilang/kedai untuk servis.....saya tak berani nak hantar servis sebenarnya coz opismate saya yang gunakan pam yg sama, hantar servis, hampir 1 bulan menunggu....uishkkk, saya tak ada pam lain dah nak guna..nak tak nak, buat 'kebal' je lahhh....adeiiiihhhh... opss, lupa nak beritahu, spare part utk S3 ni senang dicari....jgn risau..tak mahal pun...
Pam ni, boleh digunakan single pump atau double pump...kalo nak jadikan dia double, cuma beli Extra Spectra Breastshield Set (for double pumping), lebih kurang RM 59.00

Spectra 3

Extra Spectra Breastshield Set (for double pumping)

Antara spare part yang saya selalu tukar ialah Spectra Membrane, harga lebih kurang RM 8.00 ( 2 pcs)

Spectra Membrane

Spectra Filter

filter ni pulak, digunakan untuk mengelakkan back flow. 
Tak nak nanti susu yang diperah dalam botol tu mengalir masuk ke dalam motor dan merosakkan motor pulak..
filter ni pun dalam RM 13.00 - RM15.00 cam tu jer..

ini pulak cara nak pasang filter tu..pasang berhampiran dengan motor (pam)


Last day saya guna spectra 3 ni, dah hampir-hampir 'nazak' sebenarnya..hihihihi...dengan bunyi garau nya tu kan...lepas dah tamat dah tempoh mengepam susu, bungkus simpan dalam kotak.....
Memandangkan pam tu pun dah tak berapa nak kuat suction dia (disebabkan tak servis tau...) , so utk anak ke-2 yang bakal lahir Jun depan, saya dah beli Medela Freestyle berharga RM 1200.00 , order terus dari UK, tu pasal dapat murah..hehehehe...

Alhamdulillah, rezeki untuk anak ke-2 ni, ada lebih, so apa salahnya melabur sikit untuk kesejahteraan anak...dan kali ni, saya betul-betul nekad untuk fully breastfeed dan tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu akibat cetek ilmu pengetahuan tentang dunia breasfeeding... Alhamdulillah !!

Facebook : Jualan Murah UK


Saya dan 3 orang kawan order serentak, so dapat less lagi...hehehehehe
Yang best, boleh buat 3x installment...so, tak der la membebankan sangat. ye tak??
masa saya update entry ni, barang belum tiba di Malaysia...dijangka boleh dapat hujung bulan ni laa...
tak sabar nya la hai..
walaupun EDD bersalin pada Jun 2014....muahahahahah
(excited lebey..)


p/s : kebanyakan hospital, sarankan penggunaan breast pump jenama medela, kerana ia hampir menyerupai suction bayi...


Mommies masih mencari milk booster yang berkesan? 
cuba klik SINI


No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa