Laksa Penang style Mek Kelate


Laksa Penang style Mek Kelate

laksa Penang yang pekat likat sedap terangkat nih, memang ada banyak jual kat bazar, kat kedai. tapi hasil air tangan sendiri jugak yang extra dabel sodapp.


Selalu makan nasi waktu berbuka, kadang-kadang boring jugak kan.
Sesekali pekena laksa penang, terangkatttt sampai ke bulan.

Menu pengikat kasih sayang suami isteri. Auuuwww

Sambil-sambil taip status ni pun, meleleh ayaq liuq. Duk terasa lagi kuah laksa yang pekat likat, masam sesedap rasa tu lalu kat tekak nih.

Kalau korang takdak idea lagi nak masak untuk berbuka puasa hari ni, boleh lah try buat laksa penang simple nih versi mek Kelate. Hehehe.

RESIPI LAKSA PENANG style MEK KELATE


Bahan-bahan cinta untuk kuah laksa pengikat kasih sayang;
  • 4 kuntum bunga kantan (belah 2)
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 batang serai (belah 2)
  • lengkuas
  • 10 keping asam keping (asam gelugur)
  • 2 inci belacan (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah besar/8 ulas bawang merah kecik (dikisar)
  • 3 sudu lada kisar/cili boh (tak ada dalam gambar)
Bahan-bahan untuk hiasan hati..hihihi;

  • nenas separuh masak/masak (dipotong kecik)
  • bawang merah besar (hiris nipis)
  • limau kasturi
  • timun (dipotong halus)
  • telur rebus
  • bunga kantan (dihiris halus)
  • lada besar (dihiris), boleh jugak ganti dengan cili padi
bahan-bahan untuk kuah laksa

bahan-bahan sebagai haisa dan penambah perisa kehidupan

Cara-cara masak laksa penang;

Kisar bawang merah besar + belacan + lada kering (atau boleh guna cili boh). Ciktah guna cili kering yang memang dah ready sokmo dalam peti ais. 

Lepas tu, masukkan bahan kisar tadi dalam periuk yang berisi air lebih kurang 1.5 - 2 liter. Panaskan atas dapur nah. 



Sementara tu, rendam laksa kering ni awal2. Karang senang nak celur, sekejap ja dah lembut.
Ciktah guna laksa kering segera jer. Cepat siap. Cepat boleh makan. Hahaha.
Agak agak kuah laksa dah nak siap masak tu, boleh letak laksa atas dapur dan celur sampai lembut ya. Jangan celur lama lama sangat. Lembik, tak sedap pulak nak makan.





Rebus 10 ekor ikan selayang yang flawless macam ratu Vitamin C Shaklee nih dengan asam keping, garam dan sedikit air.

Ikan selayang yang dah siap rebus, angkat dan toskan sampai sejuk. Kemudian, asingkan isi dengan tulang dan blend bersama air rebusan ikan tadi. Boleh tambah air semasa masa blend.

 masukkan bunga kantan

 masukkan lengkuas

masukkan serai

masukkan daun kesom

masukkan asam keping


Dah masukkan semua, kacau dan biarkan sekejap sampai menggelegak.
Jangan lupa campakkan garam dan gula secukup rasa untuk tambahkan perisa masam masin manis kehidupan.

Ciktah tak buh tok aji. Tak berapa suka. Cukup cukuplah makan kat kedai dah berkilo tok aji kita makan. So kat rumah, cuba elakkan. hihihih


Lepas tu, boleh masukkan isi ikan yang dah blend tadi.
Kalau korang rajin, korang blend pulak tulang temulang tadi sampai hancur, then tapis masuk periuk.
Hampas tulang tu boleh buang jauh jauh atau wat baja. Kikiki.



tadaaaaa, ini ghupa kuah yang dah siap.
Warna dia terlebih oren sebab lampu kat dapur Ciktah lampu oren.
Romantik tak? Hahahah.

Kat dapur pun nak beromantik..apakes?


bahan-bahan hiasan tadi, campak campak tabur tabur je, dah siap. 

nak lagi sedap, letak kicap manis. Ni cara orang utagha makan. 
Bila dah kawen ngan orang utagha, baru tau sedap rupanya makan laksa dengan kicap manis. hihihihi

Cubalah buat tau. Kalau menjadi, dan sodaaappp, mai la share feedback kat sini. Kalau sudi, kirim kat Ciktah sama nah.. hahahahha.

Sharing is 
Ikhlass dari hati sanubari yang paling dalam untuk korang yang disayangi sokmo. Hihi.

Selamat berbuka puasa korang.
Salam sayang cinta bergetar 

Mashitah Mamat
#Ciktah 

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa