Memories Are Special Moments That Tell Our Story
  • Home
  • About Me
    • Empunya Blog
    • Disclaimer
    • Contact Me
  • Family
  • Travelog
    • Malaysia
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Istanbul
    • Umrah
  • Lifestyle
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Blogging Tips
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Review
    • Hotel
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Food
    • Health & Beauty
  • Shop
    • BlogForever Living
    • Shop
    • Shopee
Bermula Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, rata-rata antara kita terpaksa memasak kat rumah. Yang jarang masak macam aku ni pun terpaksa memasak setiap hari. Yang tak pandai memasak macam aku ni pun dah setara chef tersohor bab masak-memasak ni. Kihkihkih!

Aku ni bekerja Isnin sampai Jumaat, dah terbiasa waktu memasak aku hanya hari Sabtu dan Ahad. Itu pon kekadang kalau aku ada urusan bisnes Shaklee kat luar, tapau makanan kat luar jugak. Lagi pulak kalau hari bekerja, confirm makan luar. Sesekali je aku masak kalau kerja kat pejabat tak banyak dan aku pun tak penat sangat. Kalau tak, akan singgah beli apa-apa makanan sebelum balik rumah, untuk anak-anak yang dah pasti kelaparan terutama Kakak Auni yang baru balik dari sekolah.

Awal awal PKP semua semangat cuba macam-macam menu. Yang pelik habis satu Malaya berjangkit jangkit resipi sama. Yang teror masak tu ramai. Yang tak teror masak pun ramai. Maka terwujud  lah grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni!. Hahahha.

Antara menu viral masa PKP yang aku cuba buat ialah donut gebu. Semua pakat buat donut sampaikan stok mauripan kat kedai boleh sold out katanya. Ikutkan aku, malas nak buat sebab tak minat nak buat kuih-muih ni. Tapi sebab insan-insan kesayangan request, Mr Ady dan anak-anak, paksa diri jugak la buat donut. Aku search je resipi donut kat Facebook, pasti jumpa lah. Aku follow step by step dari resipi tu. Ada lah derhaka sikit sikit resipi tu. Sebab aku agak agak nak bagi dia jadi. Tak ada pengalaman pon buat donut. Tapi aku adjust la yang mana hati aku rasa ok. Hahahah.

Hasilnya? Walaupun tak cantik dan gebu, tapi licin jugak 1kg tepung sekali buat tu. Boleh lah berkongsi dengan jiran sepinggan. Aku harap tak tercekik la jiran aku makan donut aku tu. Hahaha!

Cerita bab masak ni, sejujurnya aku bukan lah pandai sangat masak. Biasanya aku masak menu yang senang buat,  senang ingat dan yang suami dan anak-anak suka makan. Contoh macam ayam masak merah, gulai ayam, masak kurma ayam, masak lemak kuning, ikan masak kicap, sotong goreng dan tomyam. Menu yang simple je.

Yang pelik lagi yang aku nak cerita kat entry kali ni sebenarnya pasal aku terjebak dengan periuk Noxxa. Dipendekkan cerita, aku terjebak nak beli periuk ni sebab kawan aku si owner Heidaia Boutique tu la. Aku tahu dia insan yang sangat busy dengan menjahit. Bulan Ramadhan hari tu aku ternampak posting di Facebook dia pasal masakan menggunakan Noxxa.

Terbeliak biji mata aku nengoknya..Wahh hebat ni. Dalam sibuk dia pun boleh masak hebat macamni. Dan dia guna periuk pressure cooker Noxxa. Ishkk macam best!

Terus teringatkan kawan aku ni, Kak Elly. Dia memang pengguna setia periuk Noxxa. Spesis mak mak yang suka memasak. Kat Facebok dia tu aktif berkongsi macam-macam resipi yang masak dengan Noxxa. Aku terus whatsapp dia tanya pasal PC Noxxa ni. Zassssss! Aku nak. Dia offer aku main kutu periuk Noxxa. Tapi yang best, tak payah tunggu habis bayar kau dah boleh dapat periuknya. Bayaran pertama setel, terus dapat periuk wei.

Ini lah periuk aku. Besar!. Setakat ni dah lebih kurang 10x aku guna pc Noxxa ni. Memang mudahkan memasak. Rasa nak nangis laa. Kenapa aku tak beli dari dulu lagi. Hahaha.

Nak nasi goreng, kau tuang je beras yang dah dibasuh ke dalam periuk.

Nak gulai ayam sedap, tak payah masak lama-lama atas dapur gas tu. Dengan Noxxa, 20 minit siap. Isi ayam tu memang lembut giler la. Rasa macam makan gulai ayam mak aku masak. Hihihi!.

Nak buat ikan masak steam limau, pun senang yakmat. Allahu. Betul la dorang cakap. Ini lah maid moden. Since anak-anak pun masih belum bersekolah, aku akan masak dulu sebelum pergi kerja. Jadi setakat nak masak gulai ayam tu, sekejap sangat. Sediakan bahan. Tumis bahan. Masukkan ayam, then tinggalkan untuk 20 minit. Sementara tu, aku boleh bersiap-siap untuk ke pejabat. Jimat masa kan? 

Amway



sarang periuk dan inner pot

view tudung periuk dari dalam


tudung periuk
manual penggunaan dan buku resipi

percuma sudip nasi dan sukat beras

Satu set pressure cooker Noxxa ada beberapa komponen;
▪ sarang periuk - aku tak tahu apa nama dia sebenar. 
▪ inner pot - boleh beli extra untuk memudahkan kerja-kerja memasak. 
▪ tudung periuk
▪ kabel elektrik
▪ percuma sudip dan sukat beras
▪ manual
▪ buku resipi
▪ warranty card

Bagi mak-mak yang sibuk macam aku ni, aku sangatlah sarankan korang ada sebijik pressure cooker Noxxa ni. Dan aku sarankan sesangat korang beli dengan agen Amway yang sah. Elakkan beli kat Shopee atau Lazada sebab bagi aku nak belajar guna periuk Noxxa ni, kau kena berguru. Bila kau tak faham, kau boleh terus tanya agent tu. 
Tak bermakna aku ban shopee atau lazada tau. Aku pun suka weh shopping kat Shopee. Tapi aku memilih barang yang patut dan tak patut aku beli kat situ. 

Ni pendapat aku la ya. Dari pengalaman aku sendiri.  Sebab aku memang tak berapa reti nak guna gadjet dapur ni. Kalau tersilap langkah, kot padah yang menanti. Pressure cooker ni, kalau tersilap, boleh mendatangkan bahaya ataupun periuk akan rosak. Sebab dia canggih sangat, maka dia pun ada gak sensitif dia. 

Aku beli pc Noxxa ni dengan Kak Elly, kawan baik aku yang aku kenal sejak tahun 2013 lagi. Dan yang best, tiap kali aku whatsapp tanya dia, pasti dia akan jawab segera. Itu yang aku suka. Tapi kalau dia lambat reply pun, aku faham. Tak lah memaksa orang untuk jawab dan dan tu ye dak? 
Kalau korang nak jugak pc Noxxa ni atau apa-apa gadjet Amway, korang boleh cari Kak Elly, 019-2221610 @ Facebook Elly Khalid

Oh ya. Untuk periuk Noxxa ni, aku bayar 4x. 

Bayaran pertama RM174.50 + RM30 (daftar member masa promosi)
Bayaran ke-2 RM171
Bayaran ke-3 RM171
Bayaran ke-4 RM171

Harga ni mungkin berubah-ubah la kot. Contoh macam pendaftaran ahli RM30 tu aku dapat murah sebab promosi. Kalau nak harga murah, korang daftar ahli je la. Tak rugi pun. Mana lah tahu esok-esok nak beli iron wap Philips tu ke, vacuum ke kan? 

Sebelum aku say bye bye, aku share beberapa gambar bukti aku masak dengan Noxxa. Hahahaha. 

gulai ayam ala kakwok kononnya

ikan merah masak stim ala Thai.
7 minit je

nasi goreng Noxxa.
Tuang beras jer.
tak payah masak nasi

Amacam? Best kann. 
Assalamualaikum, hi semua!

18 Mac 2020 yang lepas, hari pertama rakyat Malaysia berkurung di rumah kerana kerajaan telah pun mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 di seluruh negara. Ini adalah demi untuk mencegah penularan wabak bahaya dari menjangkiti kita semua. Dan itu juga bermakna kita semua tak dibenarkan keluar rumah apalagi nak keluar shopping ke sana ke sini. Tapi nasib baik kita boleh shopping online. Courier services masih dibenarkan walaupun dihadkan bilangan pekerja.

Waktu ni, bisnes online memang terlajak laku keras. Orang yang tak biasa shopping secara online pun, dah pandai sekarang ni. Peniaga yang sebelum ni ada premis juga dah mulakan perniagaan secara online jugak.



So aku nak share dengan korang satu platform e-commerce yang best untuk korang shopping apa saja barang yang korang nak dengan harga lebih murah iaitu PG Mall.

Kalau korang nak tahu, PG Mall ni adalah platform e-commerce tempatan No.1 di Malaysia yang dah established sejak tahun 2017. PG Mall ni antara website shopping yang dipercayai ramai dan tak mustahil la PG Mall adalah antara top 3 platform e-commerce di Malaysia sebagaimana yang disenaraikan di website iprice. Hebat!



Antara barangan yang korang boleh dapatkan dari PG Mall ialah:

  • barang dapur
  • kelengkapan diri 
  • pakaian lelaki dan wanita 
  • pakaian kanak-kanak 
  • peralatan elektrik dan elektronik 
  • komputer/tab/laptop 
  • barang kemas 
  • aksesori lelaki dan wanita 
  • produk kesihatan 
  • dan lain-lain 
Apa yang korang nak semua ada kat sini tau. Tak perlu lagi nak beratur panjang dan tunggu giliran nak masuk shopping mall. Shopping je kat PG Mall, boleh menjimatkan masa dan tenaga kita. Masa yang ada tu, kita boleh buat benda lain. Masa itu kan emas. Hihihi!

HOT DAY SALES


Aku memang excited sangat dengan PG Mall ni. Shopping kat PG Mall ni seolah-olah kau pergi shopping complex sebab apa yang ada kat shopping complex, semua ada kat PG Mall termasuklah Hot Day Sales ni. Lebih kurang macam Happy Hour la. So kalau korang nak dapatkan lebih banyak penjimatan, korang grab lah Hot Day Sales ni. PG Mall menawarkan Hot Day Sales ni 3x sehari setiap hari without fail. Cuma korang kene lah pastikan korang dah tercongok standby kat web PG Mall pada waktu-waktu yang dah ditetapkan. Aku share rahsia ni dengan korang. Korang standby pada jam 10.00 pagi, 4.00 petang dan 9.00 malam. Ingat tau! Jangan lupa war-warkan rahsia ni kat saudara-mara sekali. Hahahah!

LOVE YOU 3000 CAMPAIGN


Ada lagi offer untuk korang. Meh nak cerita! Setiap pembelian minimum RM30, korang layak untuk join Love You 3000 Campaign. PG Mall akan umumkan nama pemenang 2 kali sebulan iaitu pada 15hb dan 30hb setiap bulan. Sebanyak RM3000 C-Wallet akan diberikan kepada 33 orang pemenang. Boleh lah sambung shopping kat PG Mall lagi kalau dah menang nanti. Kan best tu! Lebih banyak korang shopping, lebih besar peluang untuk korang menang. 


PAYWEEK BONANZA 


Banyak pulak promosi PG Mall. Ni yang seronok. Extra tips aku nak bagi kat korang untuk berjimat. Yang ni korang kene alert tau. Ramai orang termasuk aku pantang betul kalau dapat Free Shipping. Seronok giler. Ini apa yang korang kene ambil maklum dan ingat. Pembelian minimum RM50 dari satu store pada 25hb hingga 5hb bulan berikutnya, korang tak perlu bayar kos penghantaran. Percuma.



Tak rugi kalau shopping kat PG Mall ni. Kenapa aku sangat syorkan korang membeli-belah kat PG Mall? Salah satunya sebab PG Mall menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang rendah dan ada pelbagai promosi. Bagi aku, setiap awal bulan aku akan buat perancangan kewangan keluarga. Jika ada bahagian yang boleh kita berjimat, why not kita pilih yang lebih berbaloi. Lebihan duit tu kita boleh simpan.

Mana lagi tempat shopping yang berbaloi-baloi kalau bukan di PG Mall. Nah aku tempek siap-siap website link PG Mall.

Website:  PG Mall.my
Instagram: pgmall.my 
Facebook : PG Mall Malaysia


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #HDS #Payweekbonanza #Loveyou3k

31 weeks challenge

Assalamualaikum. Hai semua.

52 weeks challenge. Sepatutnya start dari awal tahun. Tapi aku baru nak start awal Jun baru ni. Bila aku kira nak sampai ke hujung tahun 2020, berbaki 31 weeks je.

So, tabung aku namanya 31 weeks challenge. Aku nak cabar diri aku konsisten simpan RM50 setiap minggu selama 31 minggu.

Kalau aku berjaya, jumlah kesemuanya RM1,550. Boleh buat belanja persekolahan Auni & Humayraa tahun depan.

Auni akan masuk Tahun 4
Humayraa pulak akan masuk Tahun 1.

Jom sama-sama buat 31 weeks challenge ni.!


Recycle botol sos spagetti.
Beli Sticker di kedai Eco RM2.10 (5 set, setiap set ada 6 pcs sticker)
Pen marker putih RM6.90 beli di kedai buku di Presint 9.

stciker RM2.10



Pada hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aku pernah update status kat Facebook yang aku nak sesangat pergi salon untuk potong rambut dan buat rebonding. Potong pendek sesuai dengan muka aku yang bulat. Dalam duk berangan tu, aku google la contoh potongan rambut pendek yang bersesuaian dengan muka aku. Aku jumpa Selena Gomez yang cute ni. Kalau aku buat rambut macam dia, manalah tahu boleh jadi cute jugak. Hahaha.

Sumber : Google

23 hari terperap kat rumah, tak keluar langsung, entah lah rasa rimas je dengan rambut yang tak lah berapa panjang pun. Agaknya cuaca panas dah satu hal. Makin menjadi-jadi rimas dia. Dari PKP sampai lah PKPB ni haa, hampir 3 bulan tak boleh ke salon, dah tahap nak botakkan kepala. Tapi kang Ady tak cam pulak mana satu bini dia. Haruuuu!

Aku ingat aku sorang je rasa macam tu. Rupanya ramai la kawan-kawan aku mengaku yang dorang pun rasa sama apa yang aku rasa. Memang rimas weh!

Nak ke salon, semua tutup. Salon muslimah kat Presint 9 tu pun tutup. Walaupun kerajaan pernah bagi kelonggaran untuk salon dan kedai gunting rambut beroperasi macam biasa, tapi ramai yang mengambil langkah untuk tidak buka salon dan barber shop.  High risk kot. Social distancing ke laut dalam. Confirm!

Sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tapi salon masih tetap tidak dapat dibuka. Aku pun tak berani jugak nak ke salon buat masa sekarang.

So sabaq sat. Bagi Covid19 balik ke tempat asal dia. Bila kita dah boleh menjalani kehidupan normal, boleh la ke salon ramai-ramai.

Sementara tu, jomlah kita penuhkan tabung dulu. Nak buat rawatan rebonding rambut pun cecah 3 angka jugak tu. Hihihihi.

Kali ni aku tak nak Ady yang potongkan rambut aku macam sebelum ni. Sebabnya aku nak buat kasi elok-elok rambut aku ni. Dah lama sangat tak potong rambut kat salon wei. Huhuhuhu.

Buat masa ni, biar je lah dia menggerbang.  Bertabahlah kejap.

Actually tak lah tabah mana. Lama jugak aku cuba cari solution nak bagi rambut aku helok.
Search instagram, google, cari kat Facebook.
Lepas tu aku nampak posting pasal serum rambut kat Facebook Salon Muslimah Putrajaya.

Rezeki nih.

Aku terus PM dan order. Harga berpatutan. 120 ml, RM28 + free delivery. Siap hantar depan pintu rumah lagi tau. Syok oii. Kihkihkih..

"Terima kasih sebab sudi hantar sampai ke muka pintu rumah saya"

Selepas 2x guna untuk hari pertama penggunaan, ini adalah review jujur ikhlas dari aku yang tak berapa expert sangat pasal serum merum untuk rambut ni. Kiranya review aku memang ikhlas suci bersih la ni. Percaya tau jangan tak percaya.

4 sebab yang buatkan aku suka serum ni;

🍒Bau wangi.
🍒Tekstur yang ringan
🍒Tak berminyak.
🍒Tak melekit.

Formulated In Italy. Woww sangat nih. Sold Only In Professional Salon.
Bagusss la noh! Hihihi

Nampak tak tu? Jernih je. 
Dan aku rasa serum rambut ni best. Maybe aku akan repeat order lagi selepas ni.

Korang cuba lah. Mana tahu kalau korang pun tengah cari serum rambut sekitar Putrajaya ni. Dah dekat sangat tu.

Korang boleh tengok kat Facebook Salon Muslimah Putrajaya.

Selain serum rambut, aku ambil juga vitamin Zinc untuk menguatkan dan menyihatkan rambut dari akar. Aku percaya, kecantikan luaran akan terserlah bila rawat dalaman dulu.

Ecehhhhhhh! Hihihi

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Cafe Latte.Planner.Travel
Be yourself. People don't have to like you, and you don't have to care.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • [Part 2] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
  • Dokumen Penting Wajib Ada Bila Nak Buka Akaun ASB Anak
  • Laksa Penang Mek Kelate style
  • Lirik Lagu DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza
  • Teknik Paling Mudah Cuci Rel Sliding Door
  • Cara Bayar Bil Melalui maybank2u
  • Bihun Sup Ayam Yang Simple Dan Mudah Tapi Sedap
  • Resipi Bubur Lambuk Terengganu
  • Cuti Tanpa Gaji Selepas Bersalin

Blog Archive

  • ►  2023 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  June (1)
  • ▼  2020 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ▼  June (4)
      • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
      • Shopping di PG Mall Lagi Best, Harga Murah & Banya...
      • 52 Weeks Challenge
      • Serum Rambut Untuk Rambut Kering Menggerbang
    • ►  May (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2018 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ►  2017 (25)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2016 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (62)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (25)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)

Categories

  • BEAUTY 6
  • Family 31
  • LIFESTYLE 14
  • Planner 2
  • Review 5
  • Travelog 10

Total Pageviews

MY LOVE



Contact Form

Name

Email *

Message *

Featured Post

Majlis Kemuncak Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat PASTI Kawasan Putrajaya 2023

Popular Posts

  • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
  • Mee Celup Sedap Di Presint 9, PUTRAJAYA
  • D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Steamboat Sedap & Murah Pilihan Keluarga
  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • Sambal Bilis Petai Tempoyak Durian

My Blog List

  • Marshalizadotcom
    How to Choose the Right Outdoor Advertising Company Near You for Maximum Impact

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes