10th Anniversary, Kejutan Untuk Suami Tercinta


Surprise menjadi!

Pertama kali dalam hidup aku buat surprise kat orang. Dan orang itu adalah suami aku sendiri. Bila tengok dia terkejut dan happy, aku rasa berbaloi dan tak berdosa aku tipu dia semata-mata nak 'bawak' dia ke tempat surprise tu. Hahaha!

Sempena birthday dia yang ke-34 dan anniversary kitorang yang ke-10, aku plan nak celebrate walaupun simple dan sederhana. Kitorang jenis yang tak celebrate apa-apa tarikh special dalam hidup kitorang kecuali birthday anak-anak. 

So nak tambah kemanisan lebih sikit dari biasa dalam hubungan kitorang, aku plan buat surprise ni. Idea datang dari sahabat aku yang buat surprise birthday untuk husband dia. Seronok tengok dorang.
Aku pun naik gedik sama lah kan.

Kata dia, apa salahnya kita raikan orang tersayang? 

Betul tu, aku setuju!

Dah 10 tahun hidup susah senang bersama, apa salahnya raikan dia. Aku dan suami memang bukan jenis romantik punya orang. 

Suami aku? Arghhh lelaki. Biasa lah. Macam tak dak perasaan. Hahahaha!
Tapi itu yang buat aku sayang dia. (harap suamiku tak baca entry nih).
Asalkan dia rajin melayan anak-anak, rajin bantu buat kerja-kerja rumah, tolong buang sampah, sediakan makan pakai cukup lengkap, aku dah bersyukur sangat dah.

Nak tahu macamana aku tipu dia ajak datang After Seven Lounge kat Cyberjaya ni? 
Aku cakap kat dia, aku nak pergi kedai beli props photoshoot. nak hantar assignment. Tolong bawak sat. Tapi malam, kat Cyberjaya. Dia memang jenis support apa saja aku nak buat, so dia layankan je. Terima kasih B. Actually kelas phop photography yang aku join dengan Teacher Lini Mohd tu dah habis. Hihihi!

Yang pasti, kejutan ni menjadi dan dia memang terkesima lah. Hahahaha!

Aku tak romatik. Dan aku tak percaya aku boleh jadi romantik macam ni. Apa pun, aku dan Allah je tahu macamana perasaan aku. Unbelievable. Aku kah ini? hahaha. Sepanjang perjalanan dari rumah nak ke After Seven Lounge di Cyberjaya tu, aku gelak je ngekek-ngekek. Mujur cover dengan mask. So, tak la obvious sangat kan. 





Terima kasih kepada deco planner yang bertanggungjawab merealisasikan surprise ni. Aku jumpa kat instagram. Berbaloi. Korang yang nak buat sekitar Putrajaya, boleh la cuba contact dia. Aku recommend sebab semua hasil deco sangat puas hati.


Seriusly, aku suka deco ni.
Romantik tak? 

Fresh flower bouquet dan wish card. 

Sorry husband. Bukan 36th, tapi 34th. Bukan tak ingat, cuma masa nak bagi ucapan apa nak tulis tu, i tengah busy kat office. Ini kes main sebat je. Hahahaah!

HAPPY 34th BIRTHDAY SUAMIKU & HAPPY 10th ANNIVERSARY TO US!

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa